Alpha Story Lancar Penyelesaian Komunikasi Pasaran Dikuasakan AI Untuk PMKS Indonesia
JAKARTA, 22 Jun (Bernama) -- Syarikat berpangkalan di Singapura, Alpha Story melancarkan penyelesaian komunikasi pemasaran di Indonesia yang menyasarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk menjadikan perkhidmatan komunikasi profesional lebih mudah diakses oleh perniagaan kecil.