REHDA Saran Kerangka Berpacu Data Bagi Seimbangkan Pasaran Perumahan
PETALING JAYA, 14 Julai (Bernama) -- Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menyarankan rangka kerja yang lebih dinamik dan berteraskan data diwujudkan untuk membantu membina pasaran perumahan yang lebih seimbang dan inklusif.