IJM Corporation Raih Kontrak Pembinaan Kemudahan AT&S Di Kedah Bernilai RM1.23 Bilion
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd, IJM Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan daripada AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn Bhd bagi kontrak reka bentuk dan pembinaan bernilai kira-kira RM1.23 bilion.