Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " formula satu (f1)"

Riyadh Air Melihat Permintaan Kukuh Bagi Laluan Kuala Lumpur, Sasar Penerbangan Harian

SEPANG, 31 Julai (Bernama) -- Riyadh Air mengenal pasti Kuala Lumpur sebagai destinasi pertamanya di Asia Tenggara susulan permintaan perjalanan yang kukuh di antara Malaysia dengan Arab Saudi, kata Ketua Pegawai Komersialnya Vincent Coste.

F1 GP Bahrain Dijangka Pacu Sektor Pelancongan Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia dijangka melonjak ketara dengan kehadiran peminat Formula Satu (F1) dari seluruh dunia untuk menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain (GP Bahrain), yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober ini.

F1 Kembali Ke Malaysia Berpotensi Pacu Aktiviti Ekonomi Lebih RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain Gulf Air (GP Bahrain) di Malaysia, selaku tuan rumah, berpotensi menjadi pemangkin utama ekonomi dengan merangsang pelbagai sektor melalui perbelanjaan lebih tinggi oleh pengunjung domestik dan antarabangsa.

Petronas Perjelas Peranan Dalam Litar Antarabangsa Sepang, Jualan Tiket F1

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini menjelaskan walaupun syarikat berkenaan memegang hak penamaan Litar Antarabangsa Sepang, litar berkenaan sebaliknya dimiliki oleh Sepang International Circuit Sdn Bhd iaitu syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

F1 Kembali Ke Sepang, Hidupkan Semula Nostalgia Dunia Perlumbaan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Walaupun perlumbaan Formula Satu (F1) hanya akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini, keterujaan terhadap kemunculan semula Malaysia dalam kalendar perlumbaan itu sudah mula dirasai di platform media sosial.

Kepulangan Semula F1 Ke Litar Sepang Berpotensi Rancakkan Ekonomi Malaysia

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air di Malaysia pada Oktober ini dijangka memberi limpahan ekonomi kepada negara menerusi sektor pelancongan serta industri berkaitan.

Keputusan Mengenai Perlumbaan F1 Terletak Di Bawah Bidang Kuasa KBS - Petronas

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memaklumkan bahawa keputusan sama ada Malaysia akan menjadi tuan rumah semula perlumbaan Formula Satu (F1) terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta pihak berkuasa berkaitan.