ECRL Semakin Hampir Beroperasi, Ahli Lembaga Pengarah Mrl Nilai Kesiapsiagaan Sistem
KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mencatat satu lagi perkembangan positif dalam persediaan menuju pengoperasian ECRL apabila dua Jawatankuasa Lembaga Pengarah MRL mengadakan mesyuarat masing-masing dalam Comprehensive Inspection Train (CIT) ECRL bagi menilai prestasi perjalanan tren.