Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " bahan api jet"

AirBorneo Terap ‘Model Sarawak’ Kekalkan Tambang Mampu Milik – Abang Johari

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan milik kerajaan negeri Sarawak, AirBorneo, akan beroperasi menerusi “model Sarawak” yang menggabungkan sokongan kerajaan dengan operasi komersial bagi memastikan tambang penerbangan kekal berpatutan, selain menjamin kemampanan jangka panjang, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Syarikat Penerbangan Di Asia Pasifik Catat Untung Bersih US$12.1 Bilion Pada 2025 - AAPA

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia Pasifik mencatatkan keuntungan bersih gabungan sebanyak US$12.1 bilion (US$1=RM4.07) pada tahun 2025, didorong oleh permintaan penumpang dan kargo yang kukuh, manakala harga bahan api yang lebih rendah membantu mengimbangi tekanan kos yang berpunca daripada gangguan rantaian bekalan yang berterusan.

Permintaan Penumpang Udara Susut 2.2 Peratus Pada Mei 2026

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang udara yang diukur berdasarkan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), susut 2.2 peratus tahun ke tahun pada Mei 2026, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Permintaan Global Kargo Udara Meningkat 6.0 Peratus Pada Mei 2026 – IATA

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Jumlah permintaan global bagi kargo udara, yang diukur mengikut tan kargo bagi setiap kilometer meningkat 6.0 peratus pada Mei 2026 berbanding paras Mei 2025 (6.5 peratus bagi operasi antarabangsa), menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Pelaburan Tenaga Kerja, Pempelbagaian Antara Teras Harungi Krisis -- MAG

SEPANG, 26 Jun (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) mengenal pasti aspek seperti pelaburan tenaga kerja, pempelbagaian perniagaan dan kerjasama dengan pihak berkepentingan sebagai teras untuk memperkukuh daya tahan mengharungi pelbagai krisis berulang dihadapi industri penerbangan.

AirAsia X Beri Bayangan Lebih Banyak Potongan Harga Tambang Susulan Kos Bahan Api Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- AirAsia X Bhd menjangkakan tambang penerbangan diturunkan secara beransur-ansur susulan harga bahan api jet yang rendah baru-baru ini, di samping memulihkan semula kapasiti yang sebelum ini dikurangkan ketika harga bahan api melonjak akibat konflik di Asia Barat.

HLIB: Permintaan Perjalanan Kukuh, Kos Bahan Api Menurun Pacu Pemulihan Airasia X

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) muncul antara kaunter paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia pada awal dagangan hari ini, dengan penganalisis mengekalkan saranan “beli” berikutan jangkaan pemulihan kukuh pada suku kedua 2026, disokong permintaan perjalanan yang terus teguh serta tekanan kos yang semakin reda.