Jangkaan Bekalan, B50 Indonesia Pacu Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Tinggi
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya meningkat pada Rabu, dipacu jangkaan bekalan terhad, mandat B50 biodiesel Indonesia serta diskaun harga komoditi itu berbanding minyak saingan lain.