Petros Teruskan Pembangunan Medan Minyak AKW, Bekal Gas Loji Janakuasa CCGT Miri
KUCHING, 24 Julai (Bernama) -- Projek Adong Kechil West (AKW) oleh Petroleum Sarawak Bhd (Petros) yang seterusnya akan menumpukan kepada pembangunan kemudahan pengeluaran dan infrastruktur untuk membekalkan gas ke loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) Miri, yang disasarkan beroperasi menjelang akhir 2027.