Winner Sky Tech Buka Fasiliti Di Batu Kawan, Pelaburan Komited Berjumlah RM70 Juta
BATU KAWAN, 18 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) Winner Sky Technology Sdn Bhd telah membuka kemudahan pembuatan baharu seluas 60,000 kaki persegi di Batu Kawan, menandakan satu peristiwa penting dalam trajektori pertumbuhan syarikat dan memperkukuh komitmen jangka panjangnya kepada Malaysia sebagai pangkalan untuk pembuatan elektronik bernilai tinggi.