Unit Pansar Raih Subkontrak Projek Infrastruktur Air Samalaju Bernilai RM170.86 Juta
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pansar Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Perbena Emas Sdn Bhd, menerima surat setuju terima (LoA) daripada KKB Engineering Bhd untuk kerja-kerja subkontrak sivil dan struktur bernilai RM170.86 juta.