Pencarum KWSP Perlu Simpanan Minimum RM100,000 Pada Usia 55 Untuk Persaraan - Penyelidik
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Seorang penyelidik universiti mencadangkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM100,000 menjelang usia 55 tahun bagi membolehkan mereka menerima pendapatan persaraan secara bulanan sebanyak RM780.