Vendor OGSE Sarawak Raih Kontrak RM49.31 Bilion Sejak 2014
KUCHING, 21 Julai (Bernama) -- Vendor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Sarawak memperoleh kontrak bernilai RM49.31 bilion dalam tempoh 2014 hingga Mac tahun ini, sekali gus mencerminkan daya saing syarikat tempatan yang semakin kukuh dalam sektor tenaga.