14jam ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah dalam persekitaran kekurangan minat belian, mencerminkan sentimen berhati-hati yang berterusan, kata penganalisis.
15jam ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Saham-saham Kecerdasan buatan (AI) dan teknologi di Bursa Malaysia kekal berdaya tahan pada awal dagangan hari ini, mengetepikan kebimbangan mengenai ketidaktentuan kepimpinan di syarikat pembuat cip, Nvidia Amerika Syarikat (AS).
19jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – Tiada sebarang petunjuk cip kecerdasan buatan (AI) yang dikaitkan dengan isu Nvidia-Megaspeed dieksport dari Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
19jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini didorong oleh sentimen dagangan yang berhati-hati, sejajar dengan aliran penurunan di kebanyakan pasaran serantau.
23jam ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan Wall Street semalaman susulan kebimbangan yang meningkat berhubung krisis kepimpinan Nvidia.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia memberikan kerjasama berhubung sebarang permohonan rasmi untuk menjalankan siasatan terhadap Speedmatrix Sdn Bhd, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1hari ago
ISTANBUL, 12 Nov (Bernama-Anadolu) -- Nvidia pada Khamis mengumumkan bahawa Jensen Huang meletak jawatan sebagai presiden, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan ahli lembaga pengarah berkuat kuasa serta-merta ketika siasatan bebas sedang dijalankan berhubung laporan bahawa beliau menjadi sasaran operasi perisikan asing, lapor Anadolu Ajansi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hubungan ekonomi Malaysia-Taiwan kekal kukuh dan tidak terjejas, dengan Malaysia terus menerima pelaburan dari Taiwan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu meningkatkan skala perniagaan dan produktiviti bagi menjana pendapatan dan mewujudkan permintaan terhadap pekerja lebih berkemahiran dan menawarkan gaji lumayan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.