Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Negara Serantau
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang negara serantau ASEAN pada Khamis, apabila dolar AS kekal rendah ekoran kekurangan panduan jelas mengenai prospek kadar faedah AS.