11hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Institusi asing meneruskan trend pembelian bersih di Bursa Malaysia selama dua minggu berturut-turut, meneruskan aliran masuk bersih sebanyak US$381.3 juta (US$1=RM4.05), menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN) melantik Mujibburrahman Abd Rashid sebagai Ketua Eksekutif baharunya berkuat kuasa hari ini, selepas sebelum ini beliau memegang jawatan Pemangku Ketua Eksekutif bank itu.
11hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas cuti akhir minggu yang panjang sempena Deepavali walaupun terdapat sentimen positif di Wall Street dalam tempoh semalaman.
11hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa dalam keadaan sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan pelabur terus menilai perkembangan ekonomi global dan prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
11hari ago
SINGAPURA, 9 Nov (Bernama) -- SoftBank Group Corp dan Grab Holdings Ltd pada Isnin mengumumkan pemeteraian perjanjian pembangunan bersama berhubung rancangan menyediakan modal permulaan gabungan berjumlah US$1.85 bilion (US$1=RM4.06).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan oleh konsortium yang diterajui SoftBank dalam platform kecerdasan buatan (AI) di Malaysia mencerminkan keyakinan global terhadap potensi negara untuk membangunkan dan menggunakan AI.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Walaupun inflasi Malaysia berada pada tahap sederhana, trend penurunannya tidak semestinya membawa kepada kos sara hidup yang lebih rendah kepada isi rumah, menunjukkan perbezaan antara perubahan harga barangan pengguna dengan kemampuan sebenar isi rumah untuk mendapatkan barangan keperluan harian.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenakan duti anti-lambakan sementara antara 4.41 peratus hingga 35.06 peratus ke atas import produk gulungan rata dari China, Taiwan dan Vietnam, berkuat kuasa hari ini.
14hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar AS pada minggu depan ketika para pelabur menilai prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Konsortium yang terdiri daripada MISC Bhd serta pemegang saham utama Yinson Holdings Bhd (YHB) iaitu Yinson Legacy Sdn Bhd (YLSB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencadangkan untuk mengambil alih YHB dan menjadikannya syarikat persendirian menerusi urus niaga bernilai RM4.03 bilion.
14hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah di tengah-tengah aktiviti penjualan meluas, menjejaki prestasi pasaran serantau yang lemah susulan tekanan baharu terhadap pasaran ekuiti global berikutan kejatuhan ketara Wall Street dalam tempoh semalaman.
14hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini terjejas oleh sentimen berhati-hati mengelak risiko merentas pasaran global di tengah-tengah tekanan jualan dalam sektor semikonduktor.