Terdapat 104 berita berdasarkan kata kunci carian " pembukaan"

Anwar Ucap Terima Kasih Kepada Putin Atas Sokongan Terhadap Kerjasama Tenaga, Petronas

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas sokongan Rusia dalam memperkukuh kerjasama tenaga dengan Malaysia, khususnya Petroliam Nasional  Bhd (Petronas).

Malaysia Perkukuh Kerjasama Perdagangan Makanan, Pertanian Dengan Uzbekistan

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan kerjasama perdagangan makanan dan pertanian dengan Uzbekistan serta rantau Asia Tengah dengan lebih meluas, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan sumber bekalan dan mengukuhkan keselamatan makanan jangka panjang di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik serta rantaian bekalan global. 

Harga SMR 20 Capai Paras Tertinggi Dalam Tempoh Sembilan Tahun Susulan Bekalan Terhad

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa sekali gus mendorong harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 mencapai paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun, menurut peniaga

Pasaran Ekuiti Malaysia Dijangka Meningkat Semula Pada Separuh Kedua 2026 - Affin Hwang

KUALA LUMPUR,16 Jun (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd menjangkakan pasaran ekuiti Malaysia akan pulih pada separuh kedua 2026, dipacu oleh harapan terhadap perjanjian damai Amerika Syarikat (AS)-Iran.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Jangkaan Kadar Fed Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 16 Jun  (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan mengekalkan kadar faedah dalam persekitaran kebimbangan inflasi yang semakin reda serta penurunan hasil Perbendaharaan AS.

Prospek Damai AS-Iran Pacu Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 15 Jun  (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen terhadap risiko kembali pulih susulan laporan mengenai kemungkinan AS dan Iran memeterai perjanjian damai pada Jumaat ini.

Ringgit Dibuka Tinggi Disokong Sentimen Pasaran Lebih Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum peningkatan dengan dibuka tinggi pada Isnin berbanding dolar AS dan mata wang utama lain, disokong oleh sentimen risiko yang lebih baik berikutan petunjuk ketegangan geopolitik yang mereda.

Malaysia Harungi 100 Hari Krisis Global, Bekalan Kekal Stabil

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Malaysia kekal dalam kedudukan yang relatifnya kukuh dengan jumlah bekalan bahan api, makanan serta ubat-ubatan penting masih mencukupi susulan pelaksanaan langkah intervensi awal dan pengurusan krisis yang diselaraskan, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.