Terdapat 103 berita berdasarkan kata kunci carian " kapas"

Elsa Sasar Tingkatkan Pertumbuhan Dalam Segmen Teknologi Digital, Robotik, Kejuruteraan

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) bersepadu, Elsa Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan dalam segmen teknologi digital, robotik dan kejuruteraan.

Bioeconomy Corp, K-Eco Korea Selatan Meterai MoU Bagi Perkukuh Biotenaga Lestari

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corp) dan Korea Environment Corporation (K-Eco) Korea Selatan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan biogas dan inisiatif berkaitan keneutralan karbon.

Pulau Pinang Capai 81 Peratus Ke Arah Sasaran Penyertaan Wanita Dalam Keusahawanan

GEORGE TOWN, 15 Jun (Bernama) -- Pulau Pinang telah mencapai kemajuan sebanyak 81 peratus ke arah sasarannya untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan di bawah visi Penang2030, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

CIDB Lantik Ahmad Farrin Sebagai Ketua Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melantik Ahmad Farrin Mokhtar sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa 8 Jun, menggantikan Zainora Zainal yang bersara pada 15 Januari lepas.

Malaysia Harungi 100 Hari Krisis Global, Bekalan Kekal Stabil

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Malaysia kekal dalam kedudukan yang relatifnya kukuh dengan jumlah bekalan bahan api, makanan serta ubat-ubatan penting masih mencukupi susulan pelaksanaan langkah intervensi awal dan pengurusan krisis yang diselaraskan, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.

Operasi AirBorneo Semakin Stabil Selepas Pesawat Kembali Beroperasi

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- AirBorneo mula memaparkan peningkatan operasinya selepas pesawat yang terjejas kembali berkhidmat ketika usaha memulihkan keadaan masih diteruskan susulan gangguan penerbangan di Sarawak dan Sabah.

RS-2 : Koridor Utara Selangor Berpotensi Jadi Hab Ekonomi Baharu Negeri

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.