3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jati Tinggi Holding Sdn Bhd (JTHSB) iaitu anak syarikat milik penuh Jati Tinggi Group Bhd menerima surat lantikan (LOA) bernilai RM30.1 juta bagi kerja-kerja kontrak sebagai kontraktor utama bagi sebuah pusat data di Kulai, Johor.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- MMAG Holdings Bhd (MMAG) melalui anak syarikat tidak langsungnya, MJets Air Sdn Bhd, menjual sebuah pesawat Boeing B737-400SF kepada Mont Gabanon Airlines (MGA) dengan harga tunai US$2.8 juta.
3hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data terkini ekonomi Malaysia, walaupun menyusut berbanding dolar AS.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kadar inflasi keseluruhan Malaysia diunjurkan kekal terkawal pada 1.9 peratus pada 2026, menurut firma penyelidikan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjalin kerjasama strategik dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), iaitu ahli Kumpulan MMC untuk menyokong agenda penyahkarbonan Malaysia dan meningkatkan pematuhan kemampanan menerusi penggunaan tenaga boleh baharu yang lebih meluas di bawah program Tarif Elektrik Hijau (GET).
3hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan penyusutan dan ditutup di bawah paras sokongan 1,600 pada hari ini ketika jualan ketara pelabur asing memberi tekanan terhadap saham wajaran tinggi sektor perbankan, kata penganalisis.
3hari ago
PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan merancang menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Infrastruktur Digital (Pusat Data) untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri tahun depan bagi mengawal selia pertumbuhan industri pusat data supaya selari dengan kapasiti bekalan tenaga dan air negara.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pelaburan dalam syarikat pemula sejak pelancaran inisiatif KL20 pada 2024 berjumlah kira-kira RM50 bilion, dengan pulangan pelaburan dilaporkan mencecah RM202.64 bilion, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
3hari ago
Oleh Kenny Teng
BANGKOK, Oct 19 (Bernama) -- Mesej Malaysia pada Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia di sini adalah jelas: ekonomi negara kini kembali rancak, disokong kestabilan politik, dasar jelas, serta pembaharuan berterusan yang mengukuhkan keyakinan pelabur di tengah-tengah ketidaktentuan global.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Eksport Malaysia melepasi nilai RM200 bilion buat kali pertama pada September, melonjak 54.5 peratus tahun ke tahun kepada rekod RM215.11 bilion, mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak April 2021.
4hari ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 19 Okt (Bernama) -- CIMB Treasury and Market Research menjangkakan Bank Indonesia (BI) akan menaikkan kadar faedah penanda arasnya minggu ini, lebih awal daripada unjuran sebelum ini pada Disember.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Mikro Malaysia (MAMBA) menggesa pelaksanaan strategi menyeluruh di peringkat nasional bagi memupuk dan membangunkan perniagaan Malaysia sehingga mampu menjadi peneraju di peringkat serantau dan global.