1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah membekalkan elektrik kepada 36 pusat data yang beroperasi dengan kapasiti perancangan bekalan sekitar 4.5 gigawatt (GW) sehingga suku pertama 2026, menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
1bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 6 Julai (Bernama) -- Instrumen Nilai Ekonomi Karbon (NEK) Indonesia dijangka menarik sehingga US$5.8 bilion (US$1=RM4.08) dalam pelaburan hijau dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang dianggarkan 570 juta tan setara karbon dioksida (CO2).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 4.7 peratus pada 2026 dengan potensi peningkatan sederhana, disokong prestasi eksport yang lebih kukuh daripada jangkaan, permintaan domestik yang berdaya tahan serta risiko luaran yang semakin reda, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Plus Xnergy Holding Sdn Bhd, unit BM GreenTech Bhd, telah memeterai dua perjanjian jual beli (SPA) bagi mengambil alih sejuta saham biasa mewakili 100 peratus jumlah modal saham terbitan dan berbayar NEFIN V Power Sdn Bhd (NVP) yang bernilai RM3.6 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd telah menerima subkontrak pembinaan bernilai RM926.20 juta di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, melalui usaha sama (JV) nisbah kepentingan 50:50 dengan Construction General Contracting House Ltd (CGCH).
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 6 Julai -- Minat belian baharu yang kembali melonjak untuk saham-saham perbankan dan perladangan mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Saham Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan potensi limpahan manfaat daripada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), termasuk peluang pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang jajaran rel berkenaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aliran belian bersih di Bursa Malaysia kepada minggu ke-12 berturut-turut dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM474.6 juta minggu lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Anak syarikat 70 peratus milik Hextar Industries Bhd (HIB), Hextar Mitai Sdn Bhd (HMSB) memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) bernilai RM138.42 juta bagi pembangunan perindustrian berskala besar di Pulau Indah, Selangor.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat susulan kenaikan semula saham perbankan ketika sentimen pelabur bertambah baik berikutan data pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah daripada jangkaan.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 3 Julai (Bernama) -- Ekonomi Pulau Pinang berkembang 7.3 peratus pada 2025 dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat kepada RM130.3 bilion berbanding RM121.4 bilion pada tahun sebelumnya, disokong prestasi kukuh sektor pembuatan dan perkhidmatan.