BERITA TERKINI   IPU lebih 200: 108 buah sekolah di Serian ditutup - JPBN Sarawak | Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 berjaya menarik sumbangan penajaan RM48.63 juta daripada 139 rakan strategik - Fahmi | Pelan tambah baik kawalan keselamatan lapangan terbang dibentang kepada Jemaah Menteri minggu depan - Saifuddin | DUN Kelantan sebulat suara luluskan Rang Undang-undang Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 | Unit Kerjaya Prospek peroleh kontrak pembinaan pembangunan bercampur di Johor Bahru bernilai RM223.0 juta | 

Terdapat 1224 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia"

SPRM Batal Perintah Sita Ke Atas Akaun Bank Unit Rohas Tecnic, Pegawai

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) membatalkan perintah penyitaan yang sebelum ini dikeluarkan di bawah Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit, Didorong Kenaikan Semula Saham Perbankan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat, disokong peningkatan semula saham perbankan pada minit-minit terakhir yang seterusnya mendorong kenaikan indeks penanda aras kepada paras positif, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Kembali Mencatatkan Keuntungan Untuk Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan penurunan tiga hari berturut-turut untuk ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Meningkat Seiring Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Ringgit Terus Kukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama dan Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS, mata wang utama lain serta mata wang negara-negara ASEAN pada Jumaat walaupun data ekonomi Amerika Syarikat (AS) adalah lebih kukuh berbanding jangkaan.

Hong Leong Bank Terbit Nota Subordinat Tahap 2 Bernilai RM640 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) menerbitkan nota subordinat berjumlah RM640 juta di bawah program nota subordinat Tahap 2 pelbagai mata wangnya bagi mengukuhkan kedudukan modal serta menyokong keperluan operasi dan perniagaan bank itu.

Econpile Dapat Kontrak Projek Pangsapuri Servis KL Bernilai RM48.8 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Econpile Holdings Bhd telah memperoleh subkontrak RM48.8 juta daripada Vestland Infra Sdn Bhd untuk menjalankan kerja-kerja cerucuk dan asas membabitkan sebuah projek pangsapuri servis di ibu negara.

BNM Lancar Portal 'Semak Kasih' Mudahkan Waris Semak Polisi Insurans, Sijil Takaful

KUALA TERENGGANU, 26 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan portal ‘Semak Kasih’ hari ini bagi memudahkan waris menyemak sama ada ahli keluarga mereka mempunyai polisi insurans atau sijil takaful yang masih boleh dituntut.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Bagi Hari Keempat Berturut-turut

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) --  Pasaran getah Kuala Lumpur susut ketika mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat yang juga prestasi bagi hari keempat berturut-turut, menjejaki kerugian dialami pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Vestland Peroleh Kontrak RM135 Juta Daripada Golden Armani

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Vestland Bhd, Vestland Resources Sdn Bhd (VRSB) menerima surat lantikan daripada Golden Armani Sdn Bhd (GASB) untuk melaksanakan kerja-kerja struktur atas bagi kontrak berjumlah RM135 juta. 

Pelepasan Cukai Perkhidmatan Ringankan Beban Pengurusan Bangunan Bukan Kediaman - MIPFM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Keputusan kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan dan sumbangan dana penjelas bagi bangunan bukan kediaman dijangka dapat mengurangkan impak kewangan terhadap pengurusan hartanah strata bukan kediaman, kata Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM).

MITI Teliti Maklum Balas Industri Berhubung Elaun Pelaburan Semula

MELAKA, 26 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang meneliti isu berkaitan elaun pelaburan semula (RA) dan akan membawanya kepada perhatian Kementerian Kewangan (MOF) susulan gesaan komuniti perniagaan untuk penambahbaikan insentif bagi menggalakkan pelaburan semula syarikat.