BERITA TERKINI   Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia diminta beri penjelasan rasmi berhubung sistem e-Jamin - Azalina | Kutipan hasil cukai negara naik sembilan peratus kepada RM129.6 bilion pada separuh pertama 2026 - Timbalan Menteri Kewangan | Biojisim mampu jana pendapatan tambahan bagi industri minyak sawit dan menyokong matlamat Malaysia dalam bidang tenaga boleh baharu - Noraini | Malaysia akan terus perkukuh pasaran minyak sawit sedia ada, meneroka peluang di Afrika, ASEAN, Timur Tengah dan wilayah-wilayah lain - Noraini | 

Terdapat 1151 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi"

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Serta Unit Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang utama serta unit serantau pada Isnin, susulan ketidaktentuan geopolitik yang berterusan di Asia Barat.

Kenaikan Saham Perladangan, Komoditi Rangsang Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin apabila saham perladangan dan berkaitan dengan komoditi mencatatkan peningkatan, seterusnya mengimbangi sentimen berhati-hati di pasaran serantau.

MITI, Kementerian Ekonomi Akan Teliti Cadangan MPMA Untuk Tangani Kenaikan Kos Bahan Mentah

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah memutuskan supaya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Kementerian Ekonomi meneliti cadangan dikemukakan Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA) dalam menangani tekanan rantaian bekalan global dan kenaikan kos bahan mentah.

Empat Firma Malaysia Terima Kelulusan Teknologi Six Arm - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Token akses atau kelulusan teknologi “six arm” ditawarkan kepada empat syarikat Malaysia, meliputi tiga akses “Arm Compute Subsystems” dan tiga lesen “Arm Flexible Access” setakat hari ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Lima Komitmen Pacu Sektor Perladangan, Jadikan Malaysia Rujukan Global -- Noraini

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan untuk meletakkan Malaysia sebagai rujukan global bagi aspek pertanian perladangan mampan yang dipacu oleh sains, dikuasakan inovasi, berteraskan kemampanan serta diyakini dunia.

Kerajaan Lulus 46 Projek RM207.2 Juta, Sokong Hab ECRL Pasir Puteh

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Kerajaan meluluskan 46 projek pembangunan bagi Parlimen Pasir Puteh, Kelantan, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dengan siling peruntukan berjumlah RM207.2 juta, termasuk pembangunan infrastruktur kawasan industri hiliran yang akan menyokong aktiviti berhampiran stesen kargo Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Harga Emas Jangka Pendek Dijangka Antara US$3,800-US$4,200 Setiap Auns Troy - Go Capital 

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Harga emas dijangka berge

Pelaburan Keseluruhan Terengganu Suku Pertama 2026 Berjumlah RM399.8 Juta 

KUALA TERENGGANU, 13 Julai (Bernama) -- Terengganu merekodkan pelaburan keseluruhan bernilai RM399.8 juta bagi tempoh suku pertama tahun ini.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Ketika Gencatan Senjata Di Asia Barat Masih Rapuh

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ketidaktentuan sama ada pergerakan kapal yang melalui Selat Hormuz adalah lancar serta daya tahan ekonomi Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Malaysia Antara 'Fabulous Five' Bakal Pacu Kitaran Pertumbuhan Asia - Ahli Ekonomi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Kitaran pertumbuhan baharu Asia Tenggara tidak lagi dipacu oleh satu ekonomi, kitaran komoditi atau koridor pembuatan, sebaliknya oleh ‘Fabulous Five’ atau kelompok lima ekonomi hebat iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina serta Vietnam.

Perdagangan Halal Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah Lebih US$29 Bilion Pada 2026

JAKARTA, 12 Julai (Bernama) -- Perdagangan dua hala Malaysia-Indonesia dijangka meningkat 10 peratus kepada US$29.3 bilion (US$1 = RM4.07) pada tahun ini, disokong oleh kerjasama yang semakin meningkat dalam sektor halal selain akses pasaran lebih meluas antara kedua-dua negara.

Sarawak Tubuh Zon Ekonomi Sibu, Peruntuk RM1.5 Bilion Bagi Pacu Transformasi -- Abang Johari

SIBU, 11 Julai (Bernama) -- Sarawak akan mewujudkan Zon Ekonomi Sibu (SEZ) dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi menyelaras pembangunan ekonomi Sibu secara lebih menyeluruh dan bersepadu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.