BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | 

Terdapat 264 berita berdasarkan kata kunci carian "ai"

CEO Yayasan Peneraju Letak Jawatan Berkuat Kuasa 1 Julai

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Yayasan Peneraju (YP), agensi di bawah Kementerian Ekonomi hari ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Ibrahim Sani akan berundur daripada jawatannya berkuat kuasa pada 1 Julai 2026. 

Alliance Bank Lancar BizSmart Challenge Accelerator 2026, Tawar Hadiah Bernilai RM2 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd melancarkan “BizSmart® Challenge Accelerator” Edisi 2026, menawarkan hadiah terkumpul bernilai sehingga RM2 juta untuk mempercepat pertumbuan kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula niaga yang berpotensi tinggi di negara ini.

 

 

Syarikat Induk Ajinomoto Malaysia Cadang Penstrukturan Semula Pada Harga RM20 Sesaham 

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Syarikat induk Ajinomoto (Malaysia) Bhd (AMB), Ajinomoto Co., Inc. (Ajico) mencadangkan penstrukturan semula pengeluar perasa makanan itu melalui langkah pengurangan modal dan pembayaran balik secara terpilih (SCR) pada harga RM20 sesaham.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada Isnin disebabkan minat belian berkurangan memandangkan pelabur kekal berhati-hati terhadap rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran.

Malaysia Mampu Tampung Kesan Gangguan Perdagangan Di Selat Hormuz - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Malaysia masih mampu menampung kesan gangguan perdagangan di Selat Hormuz melalui penyesuaian rantaian bekalan, penyerapan kos oleh firma serta langkah dasar kerajaan yang membantu mengehadkan pemindahan kos kepada harga domestik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

MOSTI Akan Bangunkan Kerangka Kedaulatan Teknologi Negara Bagi Melindungi Teknologi Kritikal

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) --  Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) sedang menerajui usaha mewujudkan Kerangka Kedaulatan Teknologi Negara sebagai pendekatan strategik untuk membangunkan dan melindungi teknologi kritikal yang penting kepada negara.

AirAsia X Terbuka Teroka Peluang Penerbangan Di Turkmenistan, Rusia

SEPANG, 22 Jun (Bernama) -- AirAsia X Bhd terbuka untuk meneroka perkhidmatan penerbangan ke Turkmenistan dan Rusia sekiranya peluang pasaran dan keperluan operasi terbukti berdaya maju, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Bo Lingam.

Malaysia, Bangladesh Sasar FTA Dipercepatkan, Kerjasama Dalam Tenaga Dan Industri Halal

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Bangladesh bersetuju untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala melalui perjanjian perdagangan bebas (FTA) dipercepatkan dan meningkatkan kerjasama dalam sektor pertumbuhan utama, termasuk tenaga dan industri halal.

Aliran Masuk Bersih RM319.8 Juta Daripada Sektor Teknologi, Perindustrian, Kewangan - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Sektor teknologi, produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan telah menarik gabungan aliran masuk bersih sebanyak RM319.8 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

AirAsia X Beri Bayangan Lebih Banyak Potongan Harga Tambang Susulan Kos Bahan Api Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- AirAsia X Bhd menjangkakan tambang penerbangan diturunkan secara beransur-ansur susulan harga bahan api jet yang rendah baru-baru ini, di samping memulihkan semula kapasiti yang sebelum ini dikurangkan ketika harga bahan api melonjak akibat konflik di Asia Barat.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin walaupun prestasi kadar asas pasaran tunai lemah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Didorong Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin didorong oleh sentimen berhati-hati selepas prestasi mendatar pada Jumaat lepas dalam pasaran Wall Street dan Hong Kong ditutup bersempena dengan cuti umum.