24hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) – Anak syarikat milik penuh tidak langsung DXN Holdings Bhd, DXN Marketing (Brasil) LTDA (DXN Brasil), memeterai Perjanjian Komitmen Timbal Balik dengan Municipality of Ibia untuk cadangan pembangunan kilang perindustrian di Minas Gerais, Brazil.
24hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama dan serantau pada Isnin termasuk dolar AS berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah menjejaskan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendaftarkan 441,846 ahli baharu dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2026 (1H 2026), menjadikan jumlah keahliannya hampir 18.5 juta.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
24hari ago
GEORGE TOWN, 17 Ogos (Bernama) -- Celestica Inc dijangka menambah lebih 2,100 lagi pekerjanya di Malaysia, seiring dengan peningkatan permintaan global terhadap infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan.
25hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pengurusan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu mengguna pakai sekurang-kurangnya lima lapisan kawalan selepas ini bagi memperkukuh pengurusan risiko institusi berkenaan termasuk melaksanakan penilaian wajar pelaburan, kata seorang pakar ekonomi.
26hari ago
Oleh Nur Faradilla Mohamad
JOHOR BAHRU, 16 Ogos (Bernama) -- Pengeluar dan pembekal pelbagai sos halal tempatan Mamas M&M (M) Sdn Bhd menyasar untuk memperluas pasaran eksport produk sos dan kicap keluarannya ke pasaran Kemboja pada pertengahan tahun depan.
27hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami turun naik antara US$4,345 dan US$4,375 setiap auns troy minggu depan.
27hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari kedua berturut-turut berikutan pelabur menilai data ekonomi Amerika Syarikat (AS).
27hari ago
GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan lebih RM350 bilion dalam eksport elektrik dan elektronik (E&E) pada separuh pertama 2026 (S1 2026), iaitu peningkatan lebih 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Prestasi negara mencatat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua 2026 menunjukkan ekonomi Malaysia terus mempunyai momentum yang kukuh walaupun berdepan persekitaran global mencabar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Hextar Global Bhd Dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan bekerjasama untuk membangunkan tanah berkeluasan 97.28 hektar di Siera Alam, Shah Alam menjadi sebuah pembangunan guna campur bersepadu.