Terdapat 114 berita berdasarkan kata kunci carian " kelulusan"

CTOS Bakal Jual 10 Peratus Pegangan Dalam Juris Technologies Pada Harga RM50 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Syarikat penilaian kredit CTOS Digital Bhd mencadangkan untuk menjual 10 peratus pegangan ekuiti dalam Juris Technologies Sdn Bhd kepada Natsoft (M) Sdn Bhd pada harga RM50 juta secara tunai.

Mah Sing Bangun Taman Perindustrian RM2.26 Bilion Di Johor

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd akan membangunkan MS Industrial Park @ Kulai, sebuah pembangunan perindustrian bersepadu di Johor dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2.26 bilion.

Ajinomoto Malaysia Bentang Cadangan SCR Bagi Dapatkan Kelulusan Pemegang Saham

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Bhd (AMB) memutuskan untuk membentangkan langkah pengurangan modal dan pembayaran semula terpilih (SCR) yang dicadangkan oleh pemegang saham kawalan, Ajinomoto Co, Inc (Ajico).

DANA PLUS Percepat Kelulusan Pembiayaan Mikro Dari 14 Hingga 21 Hari Kepada 48 Jam

KLANG, 21 Julai (Bernama) -- Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) melancarkan aplikasi digital DANA PLUS yang membolehkan tempoh kelulusan pembiayaan mikro sehingga RM10,000 dipendekkan dari 14 hingga 21 hari kepada hanya 48 jam.

OCBC Malaysia Dinobat Bank Terbaik PKS Untuk Tiga Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- OCBC Malaysia dinobatkan sebagai Bank Terbaik bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia untuk kategori antarabangsa pada Anugerah FinanceAsia 2026, sekali gus merekodkan kemenangan bagi tiga tahun berturut-turut. 

ECRL Pemangkin Baharu Pertumbuhan EPIC, Hasil Dijangka Cecah RM700 Juta Menjelang 2030

KEMAMAN, 21 Julai (Bernama) -- EPIC Berhad menjangkakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) khususnya pembinaan jajaran ke Pelabuhan Kemaman di sini akan menjadi pemangkin utama pertumbuhan syarikat dengan sasaran hasil mencecah RM700 juta menjelang 2030.

BNM Terus Galakkan Aliran Dana Dua Hala Pasaran Kewangan Dalam Pesisir

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan meneruskan usaha menggalakkan aliran dana dua hala dan memperkukuh pasaran kewangan dalam pesisir Malaysia melalui liberalisasi rangka kerja dasar pertukaran asing (FEP) yang berhati-hati.

Pusat Data Di Malaysia Perlu Pembiayaan Lebih US$20 Bilion Sepanjang Tiga Tahun Akan Datang - S&Pp Global

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Pusat data di Malaysia dianggarkan memerlukan pembiayaan lebih US$20 bilion (US$1=RM4.09) bagi pembinaan struktur asas (powered shell) dan penyediaan peralatan sepanjang tiga tahun akan datang, berdasarkan anggaran penambahan kapasiti sekitar dua gigawatt (GW), menurut S&P Global Ratings.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Binance Masih Belum Dilesenkan SC Untuk Aktiviti Pasaran Modal Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Binance masih belum dilesenkan atau didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menjalankan aktiviti pasaran modal di Malaysia, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Laksana SOP Pengurusan Sisa Dijana Kapal

GEORGE TOWN, 16 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sisa dijana kapal di Pelabuhan Pulau Pinang.

Projek Pusat Data: Kerajaan Jamin Kelulusan Jika Bekalan Tenaga, Air Mencukupi - MITI

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan hanya akan meluluskan projek pusat data selepas memastikan kapasiti bekalan tenaga dan air mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat dan industri tempatan.