BERITA TERKINI   Malaysia catat perdagangan barangan bernilai RM3.061 trilion pada 2025, menjana lebihan dagangan RM151.8 bilion - Loke | Kira-kira 87,000 pesakit berdaftar di bawah program Ubat Melalui Pos dijangka nikmati penghantaran ubat percuma mulai 1 Okt ini - Fahmi | Pendaftaran Ubat Melalui Pos hanya dilakukan melalui fasiliti KKM dan bukan menerusi akaun media sosial - Fahmi | Empat daripada 10 ahli mencapai penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 menjelang usia 60 tahun - PM Anwar | Kerajaan telah memperuntukkan RM1.26 bilion untuk kebajikan warga emas, memanfaatkan 180,000 warga emas Malaysia serta memperluaskan pusat aktiviti - PM Anwar | 

Terdapat 91 berita berdasarkan kata kunci carian " fiskal"

Hutang Statutori Kerajaan Persekutuan Kekal Di Bawah Had 65 Peratus Setakat Mac 2026 – MoF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Hutang statutori Kerajaan Persekutuan berada pada paras 61.9 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KNDK) sehingga akhir Mac 2026, iaitu masih di bawah had 65 peratus, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Defisit Fiskal Naik Sedikit Walaupun Peruntukan Subsidi Bahan Api Ditambah - HLIB

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia dijangka kekal di landasan sasaran defisit fiskal bagi 2026 walaupun memperuntukkan tambahan RM25 bilion bagi subsidi bahan api, dengan defisit diunjurkan pada kadar 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tiada Keperluan Ubah Unjuran Belanjawan 2027 Setakat Ini - Liew

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Tiada keperluan untuk mengubah unjuran semasa bagi Belanjawan 2027 berdasarkan prestasi kewangan kerajaan pada separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Kerajaan Sasar Sistem Perlindungan Sosial Menyeluruh Hadapi Status Negara Tua - Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan pembangunan sistem perlindungan sosial yang menyeluruh dalam jangka panjang sebagai antara langkah mempersiapkan Malaysia menghadapi status negara tua, menurut Kementerian Ekonomi.

MITI, Kementerian Ekonomi Akan Teliti Cadangan MPMA Untuk Tangani Kenaikan Kos Bahan Mentah

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah memutuskan supaya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Kementerian Ekonomi meneliti cadangan dikemukakan Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA) dalam menangani tekanan rantaian bekalan global dan kenaikan kos bahan mentah.

Hutang Statutori Kerajaan 2026 Diunjur Kekal Bawah 65 Peratus Daripada KNDK

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Paras hutang statutori Kerajaan Persekutuan setelah mengambil kira keperluan pinjaman pada 2026 diunjurkan masih di bawah 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK), menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Belanjawan 2027 Tekankan Pertumbuhan Mampan, Kesejahteraan Rakyat - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menekankan pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan berteraskan kesejahteraan rakyat, selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, dalam merangka Belanjawan 2027.

OPR : Pembaharuan Struktur Makin Penting Sebagai Pemacu Pertumbuhan Malaysia

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Langkah Bank Negara Malaysia’s (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini, hanya membuktikan kepentingan aspek pembaharuan struktur yang semakin ketara serta dasar pelaburan bagi memacu pertumbuhan jangka panjang.

Mampukah KDNK Per Kapita Malaysia Cecah US$20,000 Menjelang Awal Dekad 2030-an?

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih satu lagi pencapaian ekonomi yang penting apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal per kapita melepasi paras US$15,000 (US$1= RM4.06) pada 2026, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Rasionalisasi Subsidi Pastikan Margin PMKS, Daya Saing Malaysia Terus Terpelihara -- MITI

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Langkah rasionalisasi subsidi dapat memastikan margin keuntungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta daya saing Malaysia terus terpelihara jika dilaksanakan secara berperingkat, bersasar dan disertai langkah sokongan komprehensif.

SEDC Energy Sedia Laksana BUDI Diesel

KUCHING, 29 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan program subsidi Diesel BUDI MADANI (BUDI Diesel) di seluruh negara bermula pada 1 Julai dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh mekanisme subsidi bersasar serta mengurangkan ketirisan.

SAMENTA Umum Majlis Kebangsaan Baharu, Tetapkan Agenda Untuk PKS

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) telah mengumumkan majlis kebangsaannya untuk penggal 2026-2029, menggariskan keutamaan yang merangkumi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pembaharuan dasar untuk memperkukuhkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).