1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Eastern & Oriental Bhd (E&O) dan Majestic Gen Group memperoleh sebidang tanah pegangan bebas di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, bernilai RM189.90 juta daripada Twelve Kiapeng Sdn Bhd.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat apabila pelabur terus mengumpul pegangan saham mewah sejajar dengan prestasi lebih kukuh di kebanyakan pasaran serantau.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini seiring dengan prestasi pasaran yang lebih lemah di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat.
1bulan ago
BATU PAHAT, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan dilancarkan secara rasmi sempena Pemukiman Pemimpin-Pemimpin pada Disember ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Prestasi positif perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia pada 2025 menunjukkan daya tahan dan ketangkasan perniagaan yang luar biasa walaupun terdapat gangguan berterusan rantaian bekalan global serta perubahan dalam dinamik perdagangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- MISC Bhd memperoleh kontrak daripada Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) iaitu pengendali Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) Petronas di Bintulu, Sarawak bagi sewaan jangka panjang sebuah kapal pengangkut LNG (LNGC) baharu berkapasiti 18,700 meter padu (cbm).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Inflasi bahan api runcit yang lebih rendah, khususnya bagi bahan api RON97 dan diesel, menyumbang kepada penurunan inflasi keseluruhan dan teras Malaysia kepada 1.9 peratus pada Jun 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
1bulan ago
Oleh Nur Afiradina Arshad
TANJONG MALIM, 31 Julai (Bernama) -- Pelaburan asing yang dibawa masuk ke Malaysia perlu memberikan manfaat nyata kepada ekonomi negara, termasuk membantu memperkukuh lebihan dagangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Riyadh Air melancarkan penerbangan terus antara Riyadh dan Kuala Lumpur, menjadikan ibu negara Malaysia itu sebagai pintu masuk pertamanya ke Asia Tenggara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) melengkapkan penerbitan sukuk biru berjumlah RM720 juta menerusi Pengurusan Air SPV Bhd di bawah Program Kertas Komersial Islam RM2 bilion sedia ada.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- ITMAX System Bhd memperoleh kontrak bernilai RM120 juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi pembekalan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem lampu jalan pintar di seluruh ibu kota.
1bulan ago
Oleh Nur Afiradina Arshad
TANJONG MALIM, 31 Julai (Bernama) -- Kerjasama strategik antara Proton Holdings Bhd dan Geely Holding Group terus memperkukuh daya saing industri automotif negara menerusi pemindahan teknologi, pembangunan harta intelek (IP), peningkatan kandungan tempatan serta pengukuhan ekosistem vendor automotif tempatan.