BERITA TERKINI   Kementerian Komunikasi perkukuh kerjasama dengan kementerian lain perluas penyampaian maklumat inisiatif kerajaan kepada rakyat - Fahmi  | Mesyuarat MKI hari ini ucap takziah kepada Tun Dr Mahathir, ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah | Bangsa dan ummah perlu dididik bahawa keberanian bukan sekadar berani bersuara tetapi juga kesediaan mendengar - Sultan Nazrin Shah | Pelabuhan Klang kekal sebagai pelabuhan kontena ke-10 paling sibuk di dunia dalam ranking Lloyd’s List One Hundred Container Ports 2026, Pelabuhan Johor pada tempat ke-11 - Loke | Budaya syura dan adab perlu diperkukuh dalam keluarga, institusi pendidikan, organisasi, masjid dan pentadbiran - Sultan Nazrin Shah | 

Terdapat 779 berita berdasarkan kata kunci carian " perkhidmatan"

Vantris Energy Catat Untung Bersih RM145.79 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Vantris Energy Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM145.79 juta pada suku pertama (S1) bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2027 (TK2027), berbanding kerugian bersih RM477.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Yuran Pengeluaran Tunai ATM Antara Bank Dikecualikan Bermula 1 Julai 2026

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) bank tanpa membayar yuran RM1 bermula 1 Julai 2026. 

MRMA Lantik Derek Teh Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Persatuan Pengurus Pelaburan Hartanah (REIT) Malaysia (MRMA) melantik Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Sunway REIT Management Sdn Bhd Derek Teh Wan Wei sebagai pengerusi persatuan itu pada mesyuarat agung tahunan (AGM) baru-baru ini.

Pentech Sasar Sumbangan Hasil Berulang 40 Peratus Dalam Tempoh Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berpangkalan di Pulau Pinang, Pentech Holdings Bhd menyasarkan hasil berulang menyumbang 40 peratus daripada jumlah pendapatannya manakala 60 peratus lagi daripada segmen tidak berulang dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Bioeconomy Corp, K-Eco Korea Selatan Meterai MoU Bagi Perkukuh Biotenaga Lestari

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corp) dan Korea Environment Corporation (K-Eco) Korea Selatan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan biogas dan inisiatif berkaitan keneutralan karbon.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah positif, seiring kenaikan pasaran serantau Asia dan menjejaki prestasi kukuh Wall Street semalaman.

Pulau Pinang Capai 81 Peratus Ke Arah Sasaran Penyertaan Wanita Dalam Keusahawanan

GEORGE TOWN, 15 Jun (Bernama) -- Pulau Pinang telah mencapai kemajuan sebanyak 81 peratus ke arah sasarannya untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan di bawah visi Penang2030, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street berikutan pelabur kembali memberi tumpuan kepada saham teknologi, yang terus mendapat manfaat daripada kitaran pertumbuhan kecerdasan buatan (AI) yang pesat.

Malaysia Harungi 100 Hari Krisis Global, Bekalan Kekal Stabil

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Malaysia kekal dalam kedudukan yang relatifnya kukuh dengan jumlah bekalan bahan api, makanan serta ubat-ubatan penting masih mencukupi susulan pelaksanaan langkah intervensi awal dan pengurusan krisis yang diselaraskan, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.

Operasi AirBorneo Semakin Stabil Selepas Pesawat Kembali Beroperasi

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- AirBorneo mula memaparkan peningkatan operasinya selepas pesawat yang terjejas kembali berkhidmat ketika usaha memulihkan keadaan masih diteruskan susulan gangguan penerbangan di Sarawak dan Sabah.

RS-2 : Koridor Utara Selangor Berpotensi Jadi Hab Ekonomi Baharu Negeri

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.