1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah meneruskan momentum peningkatan pada Jumaat, dengan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 mencapai paras tertinggi bagi 2026, disokong jangkaan bekalan yang lebih ketat susulan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino.
1bulan ago
IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Pembangunan Urban Forest bernilai kira-kira lebih RM1 bilion di Tambun di sini, dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Perak apabila projek seluas 84 ekar itu siap dalam masa tiga tahun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia mencatat RM218.5 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2026, meningkat 11.7 peratus berbanding RM195.5 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Rangka kerja Status BioNexus yang dipertingkatkan mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai platform kepada syarikat bioteknologi yang sedang berkembang dengan meluaskan sokongan dan bertindak balas terhadap keperluan industri yang semakin berkembang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- OSK Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang meningkat sedikit kepada RM143.41 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 daripada RM142.00 juta pada suku yang sama tahun lalu.
1bulan ago
IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) AIREI Sdn Bhd melancarkan kilang minyak sawit pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) kedua, kali ini dengan kapasiti lebih besar iaitu 60 tan sejam berbanding 45 tan sejam untuk kilang pertamanya.
1bulan ago
GUIYANG, China, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha Malaysia mempergiat penerapan kecerdasan buatan (AI) perlu berteraskan pemerkasaan manusia dan pemeliharaan maruah insan, khususnya dalam sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan, kata Senator Datuk Seri Prof Dr Noor Inayah Yaakub.
1bulan ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha sama LSH Infra Sdn Bhd dan Pertama Makmur Sdn Bhd Joint Venture telah dianugerahkan cadangan pembangunan Projek Lebuhraya Bertingkat Bandar Malaysia-Seri Kembangan (BSE) bagi mengukuhkan aspek kesalinghubungan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Greater Kuala Lumpur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM1.31 bilion bagi Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, dengan minat belian menjelang sambutan Hari Kebangsaan berpotensi memberikan sokongan seterusnya kepada pasaran.