Terdapat 822 berita berdasarkan kata kunci carian "r"

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Lebih Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Khamis, seiring dengan penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah permintaan hiliran yang lemah dan jangkaan peningkatan bekalan getah dari Thailand, kata seorang peniaga.

MPOB Siasat Dakwaan Minyak Sawit Dicampur, Dilabel Semula Di Pelabuhan Klang

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang menyiasat aduan yang mendakwa berlakunya pencampuran minyak masak diimport dengan bekalan tempatan, serta pelabelan semula produk untuk dieksport sebagai produk Malaysia.

TIV Industri Automotif Susut Tujuh Peratus Kepada 70,519 Unit Pada Oktober - MAA

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia menyusut tujuh peratus kepada 70,519 unit pada Oktober 2026 berbanding 75,991 unit pada bulan yang sama tahun lepas.

Untung Bersih Sunway Healthcare Naik Kepada Rm95.17 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Healthcare Holdings Bhd (Sunway Healthcare) meningkat kepada RM95.17 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 September 2026 (S3 TK2026) daripada RM59.69 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Petronas Gas Catat Untung Bersih Suku Ketiga Naik Kepada RM630.54 Juta, Umum Dividen 18 Sen

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB), mencatat peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM630.54 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026, daripada RM444.22 juta pada tahun sebelumnya.

Xi Jinping Gesa Ekonomi APEC Perkukuh Empat Tonggak Kerjasama Serantau

Daripada Ahmad Irfan Che Mohd Ruzaidi  

SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) - Presiden China Xi Jinping hari ini menggesa ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) untuk memperkukuh solidariti, keterbukaan ekonomi, inovasi, dan pembangunan inklusif bagi merealisasikan visi membina komuniti yang lebih kuat dan mampan.

Rantau APEC Penting Kepada Pertumbuhan Ekonomi Global, AS Komited Kepada Kemakmuran, Kestabilan - Trump

SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump hari ini menyifatkan rantau Asia Pasifik sebagai rantau yang mempunyai kegiatan ekonomi paling rancak dan berkembang pesat di dunia, sambil mengulangi komitmen Washington untuk menggalakkan pertumbuhan, kestabilan, kedaulatan, kemakmuran dan keamanan di seluruh rantau itu.

Big Caring Group Unjur Pertumbuhan Dua Digit Daripada Pengambilalihan

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Big Caring Group Bhd mengunjurkan rancangan pengambilalihannya akan memacu pertumbuhan dua digit bagi syarikat farmaseutikal berkenaan.

CelcomDigi Catat Keuntungan Bersih Suku Ketiga Lebih Tinggi Kepada RM408 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) meningkat kepada RM408.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2026 berbanding RM341.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Modal Harus Jana Manfaat Ekonomi Lebih Meluas, Sokong Generasi Masa Depan - Fadillah

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Modal harus menjana manfaat ekonomi yang lebih luas dengan pelaburan dalam tenaga boleh baharu (TBB), inovasi dan kelestarian menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat serta generasi akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysia Perkukuh Perdagangan Terbuka, Multilateralisme Dalam Perpecahan Ekonomi Global - PM Anwar

SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Malaysia memperkukuh komitmennya terhadap perdagangan terbuka, multilateralisme dan integrasi ekonomi serantau yang lebih baik dalam keadaan ketegangan geopolitik yang meningkat dan perpecahan ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Rangka Penambahbaikan Mekanisme Insentif EV

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang merangka penambahbaikan mekanisme insentif kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan pemberiannya selaras dengan sasaran Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).