BERITA TERKINI   MBPP arah henti kerja serta merta projek bina kondominium dan jalan di lokasi tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang | Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang pagi ini - Bomba | 

Terdapat 707 berita berdasarkan kata kunci carian "pelabur"

Malaysia Sasar Terajui Peralihan Ke Arah Kewangan Islam Lebih Meluas, Tingkatkan Pelaburan - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menerajui peralihan ke arah penggunaan kewangan Islam yang lebih meluas untuk memacu pelaburan rentas sempadan, disokong oleh hubungan yang kukuh dengan pasaran sedang pesat membangun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

KLIA Aeropolis Dijangka Tarik Pelaburan Sektor Penerbangan, Logistik, Pusat Data- Juwai IQI

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Pembangunan KLIA Aeropolis berkeluasan 3,454 hektar di Sepang dijangka menarik lebih banyak industri berkaitan penerbangan, operator logistik, hotel dan pusat data dalam tempoh 10 tahun akan datang, menurut Juwai IQI.

FBM KLCI Meningkat Ketika Akhiri Dagangan Pagi Walaupun Pasaran Meluas Lemah

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi walaupun prestasi pasaran secara meluas adalah lemah.

Harga Minyak Tinggi Sokong Pendapatan Eksport Malaysia - CGSI

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Lonjakan harga minyak terus menyokong eksport produk petroleum dan gas asli cecair (LNG) Malaysia, sekali gus meningkatkan pendapatan eksport, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGSI).

HLIB Jangka Sektor Teknologi Malaysia Terus Papar Momentum Pendapatan Kukuh

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Sektor teknologi Malaysia dijangka mengekalkan momentum pendapatan yang teguh pada suku ketiga 2026, disokong oleh kitaran peningkatan industri semikonduktor yang semakin meluas dan kebolehlihatan permintaan yang kukuh, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sebelum Kembali Meningkat

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat sedikit dalam dagangan awal pada Selasa walaupun sentimen pasaran secara keseluruhannya lebih perlahan.

Ringgit Dibuka Tinggi Susulan Inflasi Menyederhana, Normalisasi OPR Jadi Tumpuan

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama pada Selasa walaupun dolar AS juga mengukuh, disokong oleh inflasi domestik yang menyederhana dan jangkaan normalisasi Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Usahawan Perlu Atasi Sikap Terlalu Rendah Diri Untuk Raih Modal Teroka Asing - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Usahawan Malaysia perlu mengatasi sikap terlalu merendah diri dan sebaliknya giat membina kemampuan berbicara serta penceritaan yang meyakinkan jika mahu mendapatkan modal teroka asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Cosmos Technology Cadang Ambil Alih 51 Peratus Orisystems Pada RM16.52 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Cosmos Technology International Bhd mencadangkan pengambilalihan 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Orisystems Opto Sdn Bhd pada harga RM16.52 juta.

MBSB IB Naikkan Unjuran Pertumbuhan Eksport 2026 Kepada 32 Peratus, Import 26 Peratus

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan eksport bagi 2026 kepada 32 peratus (2025: 6.6 peratus) dan import kepada 26 peratus (2025: 6.0 peratus), susulan prestasi yang lebih kukuh daripada jangkaan pada September.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saham Perbankan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan penyusutan dan ditutup di bawah paras sokongan 1,600 pada hari ini ketika jualan ketara pelabur asing memberi tekanan terhadap saham wajaran tinggi sektor perbankan, kata penganalisis.

RUU Pusat Data Dibentang Kepada Kabinet Pada 2027 - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan merancang menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Infrastruktur Digital (Pusat Data) untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri tahun depan bagi mengawal selia pertumbuhan industri pusat data supaya selari dengan kapasiti bekalan tenaga dan air negara.