Terdapat 443 berita berdasarkan kata kunci carian "2026"

Perdagangan Terbuka Perlu Berteraskan Persaingan Adil, Penguatkuasaan Konsisten - FMM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menegaskan bahawa perdagangan terbuka harus disertai dengan persaingan yang adil serta penguatkuasaan peraturan secara konsisten.

Ringgit Kekal Stabil Dalam Jangka Pendek Di Tengah-Tengah Perkembangan Global – Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal stabil dalam jangka pendek di tengah-tengah perkembangan global semasa, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan, Disokong Oleh Faktor Pemacu Domestik Dan Luaran

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan, disokong oleh permintaan domestik, pelaburan dan eksport bersih, meskipun berdepan ketidaktentuan global yang berterusan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Anwar, John Lee Bincang Kerjasama Perdagangan Digital, Pelaburan Dan Pasaran Modal

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee Ka-Chiu, di sini, hari ini, bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam perdagangan digital, pelaburan dan pasaran modal.

BNM Akan Teliti Data Ekonomi, Inflasi Sebelum Putuskan OPR Bagi 2027 – Gabenor

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus meneliti data ekonomi dan inflasi sebelum menentukan sama ada untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2027, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Sekatan Eksport Cip AS: Masih Awal Untuk Nilai Kesan Kepada Malaysia Seiring Perkembangan Semasa - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Impak sekatan terbaru Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip ke pusat data di luar negara masih terlalu awal untuk dinilai memandangkan perkembangan berkaitan perkara itu masih berterusan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Asia Pasifik Perlu Terus Perkukuh Kerjasama Elak Persaingan Antara Blok Serantau - PM Anwar

SHENZHEN, 18 Nov (Bernama) -- Asia Pasifik perlu terus mengukuhkan kerjasama merentas perbezaan geopolitik ketika tekanan persaingan antara blok serantau menjadi semakin ketara, kata Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persidangan UMSKL Himpun Ahli Akademik, Penyelidik Dari Lima Negara

LABUAN, 18 Nov (Bernama) -- Ahli akademik dan penyelidik dari lima negara Asia Tenggara telah berkumpul di pulau Labuan hari ini untuk Persidangan Perniagaan Antarabangsa Gunaan keenam (AIBC 2026).

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah sedikit pada tengah hari ini, meskipun sentimen keseluruhan pasaran terus positif susulan pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga 2026.

Ekonomi Malaysia Tumbuh 5.5 Peratus Pada Suku Ketiga, Disokong Perbelanjaan Isi Rumah, Eksport – BNM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026 berbanding 5.3 peratus pada suku ketiga tahun lepas, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berterusan, peningkatan aktiviti pelaburan serta prestasi eksport yang lebih kukuh, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Peranan China Penting Dalam Perkukuh Kerjasama Dengan Kuasa Pertengahan Di Rantau Asia Tenggara - PM Anwar

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- China, sebagai antara kuasa teknologi terkemuka dunia, mempunyai peranan penting dalam memperkukuh kerjasama dengan negara kuasa pertengahan di Asia Tenggara, terutamanya dalam kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Kerajaan Tetapkan Mnimum 30 Peratus Kandungan Tempatan Untuk Projek Pusat Data Baharu

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan menetapkan sasaran minimum 30 peratus kandungan tempatan bagi projek pusat data baharu diluluskan di bawah Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam pembangunan industri itu.