21hari ago
KUALA LUMPUR,14 Ogos (Bernama) -- Ringgit kekal stabil secara amnya berbanding mata wang rakan dagangan utama pada suku kedua 2026, meskipun keadaan kewangan global yang terus berubah, khususnya berikutan perubahan jangkaan pasaran terhadap hala tuju dasar monetari Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
21hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 6 peratus pada suku kedua 2026, mengatasi anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebanyak 5.8 peratus, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
22hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Keyfield International Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 menyusut kepada RM23.09 juta berbanding RM66.36 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Pharmaniaga Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 meningkat kepada RM12.49 juta daripada RM3.96 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Maxis Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Goh Seow Eng sebagai Pengarah Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa hari ini.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Vstecs Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 meningkat 50 peratus kepada RM30.31 juta daripada RM20.17 juta pada tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh kekukuhan dalam semua segmen perniagaannya.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Sektor perkhidmatan berkembang 11.2 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2026, dengan hasil mencecah RM714.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
23hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 10.1 peratus tahun ke tahun pada Jun 2026 dengan nilai jualan mencecah RM168.5 bilion, disokong pertumbuhan positif dalam ketiga-tiga subsektor, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
24hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 11 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura bagi 2026 kepada antara 4.5 dan 5.5 peratus, meningkat daripada unjuran awal iaitu 2.0 hingga 4.0 peratus.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Nuenergy Holdings Bhd (NHB) menerima surat lantikan (LoA) bernilai RM44.5 juta daripada sebuah syarikat dari China untuk melaksanakan kerja mekanikal, elektrik dan perpaipan untuk pembangunan bangunan stesen pendaratan pengguna bagi pusat data di Johor.
28hari ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Malaysia tidak perlu mewujudkan dana pelaburan baharu sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan antara ekosistem pembiayaan sedia ada bagi membantu syarikat tempatan berkembang, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) – Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah menyalurkan pelaburan sebanyak RM1.4 billion pada 2025 merentasi empat teras strategik untuk memperkasa rantaian nilai semikonduktor Malaysia.