BERITA TERKINI   Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Terdapat 1478 berita berdasarkan kata kunci carian " "

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya rendah pada sesi awal hari ini menjejaki prestasi pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Prestasi Positif Wall Street Semalam

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman.

ECRL Pacu Peralihan Kepada Rel, Kurangkan Sehingga 90 Lori Bagi Setiap Tren Kargo

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dapat mengurangkan sehingga 90 buah lori kontena di jalan raya bagi setiap perjalanan kereta api atau tren kargo, sekali gus menyokong peralihan Malaysia kepada mod pengangkutan barangan berasaskan rel.

Pemilikan Unit Hotel Kini Mula Jadi Pilihan Pelaburan Hartanah Alternatif

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kerancakan pembangunan bandar raya Kuala Lumpur pada hari ini jelas kelihatan dengan pembukaan pelbagai kemudahan mewah baharu, kadar penghunian semakin meningkat, serta aliran modal yang berterusan ke dalam aset sektor hospitaliti, bidang yang sedikit masa dahulu mungkin dianggap sebagai satu segmen khusus dalam pasaran hartanah.

Ringgit Dibuka Tinggi Disokong Data Ekonomi Domestik Kukuh

Oleh Karina Imran and Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong data ekonomi domestik yang kukuh dan meningkatkan jangkaan terhadap kemungkinan pelarasan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

6,781 Isi Rumah Sertai Program Inisiatif Pendapatan Rakyat Setakat 31 Ogos 2026

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Sebanyak 6,781 isi rumah miskin tegar, miskin dan B40 telah menyertai program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di seluruh negara sehingga 31 Ogos 2026, menurut Kementerian Ekonomi. 

Syarat Minimum 30 Peratus Ekuiti Bumiputera Diteruskan – Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Syarat ekuiti Bumiputera pada tahap minimum 30 peratus diteruskan selaras dengan Garis Panduan Perolehan Hartanah (GPPH) yang berkuat kuasa mulai 13 Julai, 2022, dan ia tertakluk kepada kelulusan Kementerian Ekonomi. 

NGC Energy Sasar Pasaran Baharu Susulan Perubahan Dalam Pemilikan

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- NGC Energy Sdn Bhd berhasrat mengembangkan perniagaannya ke pasaran baharu dan memperkukuh kedudukannya dalam sektor gas petroleum cecair (LPG) Malaysia susulan perubahan pemilikan dalam Perangsang Oil & Gas Sdn Bhd (POGSB), salah satu pemegang sahamnya.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Mentah, Minyak Sayuran

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak mentah dan minyak sayuran yang lebih kukuh.

Gamuda, Kerajaan Negeri Perak Meterai Perjanjian Laksana Skim Bekalan Air Perak Utara

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd hari ini mengumumkan perjanjian untuk melaksanakan Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS) yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri Perak, Khazanah Air Perak Sdn Bhd (KAP) dan Prasarana Air dan Irigasi Perak Sdn Bhd (PAIPP).

Iskandar Malaysia Catat Pelaburan RM525.26 Bilion, Beralih Kepada Pertumbuhan Bernilai Tinggi

PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Iskandar Malaysia merekodkan pelaburan terkumpul berjumlah RM525.26 bilion sejak penubuhannya 20 tahun lepas dan kini memberi tumpuan kepada pelaburan bernilai tinggi serta pengukuhan ekosistem ekonomi serantau.

Niaga Hadapan Emas Di Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).