1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Kossan Rubber Industries Bhd (Kossan) bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026) meningkat lebih dua kali ganda kepada RM64.47 juta berbanding RM31.15 juta pada suku kedua 2025, disokong oleh prestasi lebih baik di semua bahagiannya.
1bulan ago
IPOH, 20 Ogos (Bernama) -- Pelabur yang berhasrat meneroka potensi unsur nadir bumi (REE) di negara ini perlu berkongsi teknologi mereka, selain bersedia terlibat secara langsung dalam keseluruhan rantaian bekalan merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kerajaan tidak akan mempertimbang prinsip asas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai cukai menyeluruh dan bersedia membuat pelarasan untuk menambah baik pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malaysia muncul sebagai negara pertama Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menubuhkan Rangkaian Majlis Penasihat Perniagaan RCEP (RBAC) di peringkat kebangsaan.
1bulan ago
IPOH, 20 Ogos (Bernama) -- Malaysia dijangka turut menerima tempias krisis yang menjejaskan laluan strategik Selat Hormuz, namun impaknya tidak seteruk negara yang bergantung sepenuhnya kepada import minyak dan gas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggu pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif, dalam persekitaran sentimen global yang semakin baik selepas Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan rancangan untuk sekurang-kurangnya meningkatkan saiz pembelian balik bagi hutang jangka panjang bagi mengekang kenaikan hasil bon.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Co-opbank Pertama Bhd (CBP) telah selesai menerbitkan Sukuk Wakalah Berstruktur Terlindung yang pertama bernilai RM500 juta menerusi syarikat tujuan khasnya, Himayah Sukuk Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia terus mengukuh pada Julai 2026, meningkat 37.3 peratus kepada RM364.7 bilion daripada RM265.7 bilion setahun sebelumnya, disokong pertumbuhan berterusan dalam eksport dan import.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Kuala Lumpur akan melaksanakan Program Malaysia Halal Market Buyer Discovery Halal Market dan Pemadanan Perniagaan Pasaran untuk meningkatkan keterlihatan syarikat Jepun serta mewujudkan peluang perniagaan dalam pasaran halal Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi positif pasaran serantau susulan pemulihan Wall Street semalaman.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap peningkatan hutang kerajaan Amerika Syarikat (AS) memberi tekanan kepada dolar AS, sekali gus meredakan jangkaan kenaikan kadar faedah AS, kata seorang ahli ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd mencatatkan penurunan untung bersih kepada RM72.52 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM99.12 juta pada suku yang sama tahun lepas, susulan hasil lebih rendah berikutan penurunan harga jualan purata gas asli.