19hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) – Persatuan Pembangunan Industri Jualan Langsung Malaysia (MDSIDA) menyarankan agar pemain industri untuk menerima transformasi teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi memacu pertumbuhan sambil mengekalkan piawaian etika dan pematuhan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyelesaikan terbitan sukuk mudharabah tambahan peringkat 1 (AT1) bernilai RM2.5 bilion di bawah program sukuknya.
19hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin, dipengaruhi oleh sentimen yang berterusan terhadap kecenderungan menaikkan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
19hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- IHH Healthcare Bhd hari ini menegaskan pendirian kumpulan itu kekal bahawa anak syarikatnya, Northern TK Venture Pte Ltd (NTK), mengambil alih kepentingan dalam Fortis Healthcare pada 2018 menerusi proses bidaan kompetitif, terbuka kepada umum selain dikawal selia sepenuhnya.
19hari ago
IPOH, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri berharap menerusi Belanjawan 2027, peruntukan bagi projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Tasik Bukit Merah diluluskan dan dapat dilaksanakan tahun depan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang memasuki kitaran pelaburan air yang lebih menyokong memandangkan infrastrukturnya yang sudah lama, kehilangan air yang tinggi, lonjakan dalam permintaan industri dan pusat data termasuk kebolehubahan iklim yang lebih besar telah meningkatkan keperluan untuk memacu kecekapan, kebolehpercayaan serta daya tahan air.
19hari ago
IPOH, 28 Sept(Bernama) -- Kerajaan negeri Perak mengesahkan beberapa syarikat automotif berminat untuk melabur di KLK TechPark, Tanjong Malim yang berpotensi menggantikan syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD Company Limited (BYD) yang menarik diri sebelum ini.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Willowglen MSC Bhd, iaitu Willowglen Services Pte Ltd (WSPL) menerima kontrak berjumlah kira-kira RM108 juta bagi kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem elektrikal, keselamatan dan pemantauan.
19hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, menjejaki penurunan mendadak harga emas global susulan hasil sebenar Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi menekan logam berharga itu.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Ayer Holdings Bhd, Kuchai Urban Development Sdn Bhd, bercadang memperoleh dua lot tanah di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur daripada Bukit Cemerlang Sdn Bhd pada harga RM138 juta.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik 99.99 peratus Sunsuria Bhd, Sunsuria City Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Amazon Data Services Malaysia Sdn Bhd untuk menjual sebidang tanah di Dengkil, Selangor pada harga tunai kira-kira RM316.84 juta.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Isnin.