27hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Kejutan harga minyak baru-baru ini menunjukkan bahawa Malaysia masih terdedah kepada perubahan harga minyak dari segi kedudukan perdagangan tenaganya walaupun negara kekal sebagai pengeksport tenaga bersih, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
27hari ago
GEORGE TOWN, 19 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sedang meneroka penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengoptimumkan operasi pelabuhan, mengurangkan tempoh peralatan yang beroperasi terbiar dan tenaga, serta mempercepat transformasinya menjadi hab maritim pintar dan rendah karbon.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman dan pasaran serantau yang suram dipengaruhi ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) enjin pesawat GTA Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM71.75 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO).
27hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan pengeluar peralatan tulen (OEM) tempatan berupaya mengekalkan momentum jualan mereka pada separuh kedua 2026.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Malaysia meraih Anugerah Destinasi Mesyuarat Terbaik Asia pada M&C Asia Stella Awards 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan bagi mesyuarat antarabangsa dan acara perniagaan di Asia.
27hari ago
IPOH, 19 Ogos (Bernama) -- Penyedia penyelesaian automotif EP Manufacturing Bhd (EPMB) merasmikan fasiliti komponen casis baharunya di Automotive High Technology Valley (AHTV), Tanjong Malim, melibatkan pelaburan bernilai RM9.5 juta.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Malaysia International Islamic Financial Centre (MIFC) menubuhkan MIFC Business Network (MBN), platform diterajui industri bagi menyelaras keutamaan sektor, memperkukuh hubungan antarabangsa serta menyokong kepimpinan Malaysia dalam kewangan Islam global.
27hari ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Peranan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam Lembaga Tabung Haji (TH) dilihat sangat penting dalam mengawal selia jenis pelaburan yang dibuat oleh institusi berkenaan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya tinggi pada Rabu.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan pada sesi sebelumnya dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik yang berterusan.
27hari ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Umat Islam selaku pendeposit wajar kembali menghayati prinsip utama penubuhan Lembaga Tabung Haji (TH) yang bermatlamat membantu menguruskan simpanan bagi urusan ibadah haji dan bukan menjadikan pengumuman dividen sebagai ukuran utama prestasi institusi itu.