BERITA TERKINI   Pelancong Malaysia dinasihat jauhi kawasan demonstrasi di Itali, Perancis - Mohamad Hasan | Kementerian Luar Negeri tunggu keputusan mesyuarat NADMA, MKN hantar bantuan padam kebakaran di Indonesia - Mohamad Hasan | Jerebu: Peperiksaan Sijil Menengah Agama diteruskan mulai 19 hingga 23 Okt - Exco Johor | PM Anwar ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas persembahan yang cukup istimewa, penuh jiwa pada Konsert Tradisional Gema Bumantara | 

Terdapat 1338 berita berdasarkan kata kunci carian "s"

Semua Kelulusan Lesen Bunkering, Permit Dikendalikan MOT Mulai 1 Feb 2027 - Loke

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjadi agensi peneraju tunggal bagi meluluskan lesen bunkering dan permit berkaitan mulai 1 Feb, 2027, kata menterinya  Anthony Loke Siew Fook.

MOT Mohon Insentif Cukai Bagi Galakkan Pembinaan, Pembaikan Kapal Tempatan

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) mencadangkan insentif cukai diperuntukkan menerusi Belanjawan 2027 bagi menggalakkan lebih banyak kapal Malaysia dibina dan dibaik pulih dalam negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, dipengaruhi oleh aktiviti penjualan saham-saham berwajaran tinggi terpilih, khususnya saham perbankan, seiring dengan prestasi Wall Street yang lebih lemah.

Jualan MIHAS 2026 Melonjak 12 Peratus Kepada RM6.78 Bilion - MATRADE

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- MIHAS 2026 mencatat prestasi kukuh sepanjang empat hari penganjurannya dari 23 hingga 26 September 2026, dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak RM6.78 bilion, peningkatan RM730 juta atau 12.0 peratus berbanding RM6.05 bilion pada 2025.  

CEO MDEC Anuar Fariz Fadzil Bakal Tamat Perkhidmatan Selepas Kontrak Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil bakal menamatkan perkhidmatannya pada 2 Okt, 2026 selepas menyempurnakan kontrak selama dua tahun.

Belanjawan 2027 Perlu Perkasa Rakyat Manfaatkan AI, Pacu Daya Saing Negara -- Perunding

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu melaksanakan inisiatif di bawah Belanjawan 2027 yang dapat mempercepat keupayaan rakyat melakukan penyesuaian dalam memanfaatkan dinamik kecerdasan buatan (AI) berbanding sekadar menerimaguna teknologi itu, kata perunding.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman berikutan kenaikan harga minyak mentah and hasil bon AS yang memberi tekanan kepada sentimen pasaran.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tidak Berubah Pada Selasa

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) --  Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tidak berubah pada Selasa.

Usahawan Pulau Tioman Kemuka Penambahbaikan Pengangkutan, Infrastruktur Pelancongan Dalam Belanjawan 2027

ROMPIN, 28 Sept (Bernama) -- Usahawan yang beroperasi di Pulau Tioman berharap Belanjawan 2027 dapat memperkukuh ekonomi dan industri pelancongan di pulau berkenaan menerusi penambahbaikan akses pengangkutan dan infrastruktur asas bagi menyokong pertumbuhan industri setempat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan mata wang utama pada Selasa, dengan risiko geopolitik yang meningkat terus menyokong kedudukan defensif.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini berikutan kebimbangan terhadap kenaikan dalam inventori dan permintaan yang agak perlahan tetapi sebahagiannya diimbangi oleh sokongan daripada harga minyak sayuran saingan dan minyak mentah.

PM Anwar Gesa Lebih Banyak Syarikat Malaysia Perluas Operasi Di Arab Saudi 

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap lebih banyak syarikat Malaysia mengembangkan operasi di Arab Saudi serta meneroka kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.