30hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas dirangsang oleh prestasi lebih kukuh dalam minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago dan niaga hadapan olein sawit Bursa Komoditi Dalian China, kata seorang peniaga.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS) akan melancarkan program rintis MediAsas pada akhir bulan ini, sekali gus menjadi pencapaian penting dalam penyediakan asas bagi pelaksanaan peringkat nasional pada Januari 2027.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 4.7 peratus pada 2026 dengan potensi peningkatan sederhana, disokong prestasi eksport yang lebih kukuh daripada jangkaan, permintaan domestik yang berdaya tahan serta risiko luaran yang semakin reda, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
30hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd membeli Wisma Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada harga RM160 juta.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Plus Xnergy Holding Sdn Bhd, unit BM GreenTech Bhd, telah memeterai dua perjanjian jual beli (SPA) bagi mengambil alih sejuta saham biasa mewakili 100 peratus jumlah modal saham terbitan dan berbayar NEFIN V Power Sdn Bhd (NVP) yang bernilai RM3.6 juta.
30hari ago
KUALA LUMPUR, July 6 (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin susulan pelabur mengambil keuntungan dalam persekitaran peningkatan dolar AS menjelang pengumuman minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Jun, minggu ini.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini.
30hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kembali menumpukan mata wang negara maju itu susulan penurunan berikutan laporan penggajian Jun AS yang lebih lemah daripada jangkaan awal.
30hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 6 Julai -- Minat belian baharu yang kembali melonjak untuk saham-saham perbankan dan perladangan mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin.
30hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Pengurusan kewangan digital boleh menjadi penggerak penting agenda keselamatan makanan Malaysia dengan memperkukuh daya tahan kewangan pesawah padi, menyokong peningkatan produktiviti dan memastikan pengeluaran beras domestik yang lebih mampan.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- CIMB Treasury and Markets Research mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang tidak berubah pada 2.75 peratus Khamis ini berikutan penurunan harga minyak dunia telah mengurangkan risiko inflasi.