2bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dalam dagangan jajaran kecil berikutan ketiadaan pemangkin pasaran baharu, kata seorang peniaga.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong aliran masuk dana asing yang berterusan dan asas makroekonomi domestik yang semakin mengukuh.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung walaupun peningkatan pasaran emas di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas ia menjejaki niaga hadapan getah serantau dan jangkaan berterusan bekalan getah asli yang mencukupi daripada pengeluar utama, Thailand pada musim menoreh puncak, kata seorang peniaga.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada hari terakhir dagangan minggu ini berikutan perkembangan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk menerajui pertumbuhan permintaan kenderaan elektrik (EV) di luar dua pasaran EV utama ASEAN iaitu Vietnam dan Thailand, disokong oleh asas-asas pengguna berpendapatan tinggi serta daya saing EV yang kian meningkat, menurut BMI.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kutipan hasil kerajaan yang lebih tinggi daripada jangkaan dalam tempoh lima bulan pertama 2026 telah mewujudkan ruang fiskal tambahan untuk menangani cabaran yang muncul termasuk kenaikan harga tenaga global, kata Ketua Ahli Ekonomi AmBank Group Firdaos Rosli.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saranan “overweight” terhadap sektor pengangkutan dengan Westports Holdings Bhd kekal sebagai saham pilihan utamanya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Program Solar Skala Besar Pusingan Keenam (LSS6) yang baharu dilancarkan dijangka akan memanfaatkan pelaburan swasta antara RM13 bilion dan RM15 bilion, memandangkan kuota tender telah ditingkatkan kepada 2.65 gigawatts (GW) daripada 2.0 GW sebelumnya.
2bulan ago
CYBERJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal kukuh, dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi laporan Anggaran Awal KDNK suku kedua 2026 hari ini menunjukkan pertumbuhan 5.8 peratus.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan jumlah volum industri (TIV) untuk industri automotif Malaysia mencecah 790,000 unit pada tahun kalendar 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- AmBank (M) Bhd menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026 berkembang 5.6 peratus, disokong oleh penggunaan swasta yang didorong oleh perbelanjaan musim perayaan sepanjang suku itu serta pelaburan swasta yang kekal stabil.