Terdapat 818 berita berdasarkan kata kunci carian "r"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Harga Minyak Sayuran

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, susulan tekanan daripada penurunan harga minyak sayuran di pasaran Dalian dan minyak kacang soya, menurut seorang peniaga.

Anwar Adakan Rundingan Lanjut Dengan Empat Syarikat China, Komited Perkukuh Hubungan Perniagaan

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan siri pertemuan dengan empat syarikat China di Shenzhen dalam usaha Malaysia untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan perindustrian melalui prospek pelaburan baharu dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi, tenaga, serta perkhidmatan.

MITI, Kastam Siasat Dakwaan Cip AI Dieksport Semula Melalui Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi menentukan sama ada mana-mana cip yang dibawa masuk ke Malaysia dari atau melalui Malaysia telah dieksport semula ke negara lain.

Keuntungan Bersih Sunway Construction Meningkat Kepada RM105.05 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) --Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd meningkat kepada RM105.05 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, berbanding RM83.77 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Sejajar Dengan Prestasi Lemah COMEX

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

MNRB Catat Untung Bersih Suku Kedua RM95.61 Juta, Isytihar Dividen 15 Sen

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd (MNRB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM95.61 juta pada suku kedua berakhir pada 30 September 2026, berbanding RM112.26 juta pada suku yang sama tahun lepas. 

Shin Yang Peroleh Kontrak Bernilai RM316 Juta Untuk Siapkan Dua Kapal Agensi Maritim

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Shin Yang Group Bhd telah dianugerahkan kontrak bernilai RM316 juta oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menyiapkan baki kerja bagi kapal peronda luar pesisir 2 dan 3 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

BMI Semak Semula Unjuran Harga MSM 2026 Kepada RM4,382 Satu Tan

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat di bawah FitchSolutions menyemak semula unjuran purata harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) bagi 2026 kepada RM4,382 satu tan daripada RM4,453 satu tan, mencerminkan prestasi harga yang lebih rendah daripada jangkaan pada suku keempat 2026.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Lebih Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Khamis, seiring dengan penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah permintaan hiliran yang lemah dan jangkaan peningkatan bekalan getah dari Thailand, kata seorang peniaga.

MPOB Siasat Dakwaan Minyak Sawit Dicampur, Dilabel Semula Di Pelabuhan Klang

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang menyiasat aduan yang mendakwa berlakunya pencampuran minyak masak diimport dengan bekalan tempatan, serta pelabelan semula produk untuk dieksport sebagai produk Malaysia.

TIV Industri Automotif Susut Tujuh Peratus Kepada 70,519 Unit Pada Oktober - MAA

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia menyusut tujuh peratus kepada 70,519 unit pada Oktober 2026 berbanding 75,991 unit pada bulan yang sama tahun lepas.

Untung Bersih Sunway Healthcare Naik Kepada Rm95.17 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Healthcare Holdings Bhd (Sunway Healthcare) meningkat kepada RM95.17 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 September 2026 (S3 TK2026) daripada RM59.69 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.