BERITA TERKINI   Jerebu: Sekolah di Johor dibuka secara berfasa bermula esok, fasa pertama libatkan murid duduki peperiksaan- Exco | 

Terdapat 798 berita berdasarkan kata kunci carian " re"

RedPlanet Catat Prestasi Baik Pada Hari Pertama Penyenaraian Di Pasaran ACE, Dibuka Pada 27 Sen

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk perusahaan, RedPlanet Bhd mencatatkan prestasi memberangsangkan pada hari pertama penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini selepas berpindah daripada Pasaran LEAP.

CIMB Nafi Rancangan Penswastaan Unit Indonesia CIMB Niaga

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd hari ini menafikan rancangan pihaknya untuk menswastakan anak syarikat perbankannya di Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk.

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya rendah dalam dagangan awal hari ini.  

Bursa Malaysia Mendatar Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia mendatar dalam dagangan awal pada Khamis apabila pelabur kekal tidak memasuki pasaran berikutan kekurangan pemangkin.

MRDC Pacu Syarikat Tempatan Beralih Kepada Aktiviti Bernilai Tinggi Dalam Industri Rel

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia Rail Development Corporation (MRDC) sedang mempergiat usaha membangunkan keupayaan syarikat tempatan dalam industri rel bagi membolehkan mereka beralih daripada pembekal dan subkontraktor kepada pengeluar komponen serta penyedia perkhidmatan bernilai tinggi.

Pelabuhan Klang Perkukuh Infrastruktur, Ketersambungan Untuk Tingkat Daya Saing

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pelabuhan Klang memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, penambahbaikan ketersambungan dan kecekapan kos bagi meningkatkan daya saingnya sebagai antara hab perdagangan dan logistik utama di rantau ini.

Sidang Kemuncak Alibaba.com Tawar Peluang Perdagangan Digital, AI Kepada PKS Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Persidangan Alibaba.com B2B AI Seller Summit 2026 dan pertandingan CoCreate Pitch Malaysia 2026 menawarkan peluang kepada perniagaan Malaysia menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan perdagangan digital untuk  berkembang ke pasaran global.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas sentimen pasaran dipengaruhi oleh kelemahan dalam harga minyak kacang soya.

MIDA Pergiat Integrasi Vendor Tempatan Dalam Rantaian Bekalan Tenaga Boleh Baharu

Oleh Vikneswaran Raman

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mempergiat usaha mengintegrasikan syarikat tempatan ke dalam rantaian bekalan tenaga boleh baharu (TBB) menerusi program khusus yang menterjemahkan pelaburan hijau kepada peluang perniagaan secara langsung untuk syarikat domestik.

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS, Kebanyakan Mata Wang Utama Lain

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan mata wang utama lain, disokong oleh prestasi ekonomi Malaysia yang berdaya tahan.

MRT Corp, TNB Bekerjasama Pacu Infrastruktur Rel Mampan, Penyelesaian Tenaga

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) memeterai kerjasama strategik bagi memacu penyelesaian tenaga mampan serta pembangunan infrastruktur rel yang lebih cekap tenaga dan berdaya tahan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Kembali Lepasi Paras 1,600 Mata

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran kembali melepasi paras 1,600 disokong aktiviti membeli saham pada harga rendah secara terpilih, namun kenaikan terhad memandangkan minat belian tertumpu kepada saham teknologi bermodal kecil, kata seorang penganalisis.