2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia akan teliti secara serius meneroka penggunaan mata wang tempatan dengan rakan dagang untuk mengurangkan risiko pertukaran asing yang tidak menentu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 18 Jun (Bernama) -- Indonesia menjangkakan harga tandan buah segar (FFB) yang diterima petani kelapa sawit pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu selepas pihak berkuasa campur tangan berhubung perkara yang mereka sifatkan sebagai anomali dalam pasaran.
3bulan ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia Vladimir Putin membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala, termasuk potensi memperkukuh hubungan dalam sektor tenaga yang merupakan antara bidang strategik bagi kedua-dua negara.
3bulan ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 17 Jun (Bernama) -- ASEAN dan Rusia perlu memperluaskan kerjasama pelbagai hala dalam bidang seperti keselamatan makanan, tenaga, pembuatan termaju, teknologi digital dan pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Membangunkan pasaran modal yang lebih mendalam dan meluaskan akses pembiayaan untuk segmen yang kurang mendapat perkhidmatan, kekal antara cabaran utama yang dihadapi oleh ekonomi sedang membangun di Asia Tenggara, menurut Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (EBRD).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Keputusan AT&S untuk memperluas operasinya di Kulim, Kedah melalui pelaburan baharu sehingga €2 bilion (€1 = RM4.69) akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi berimpak tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.