BERITA TERKINI   Tiga sekeluarga maut dalam kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah di Rompin awal pagi tadi - Bomba | 

Terdapat 58 berita berdasarkan kata kunci carian " kdnk"

RHB IB Unjur KDNK Malaysia Tumbuh 4.7 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 4.7 peratus pada 2026 dengan potensi peningkatan sederhana, disokong prestasi eksport yang lebih kukuh daripada jangkaan, permintaan domestik yang berdaya tahan serta risiko luaran yang semakin reda, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Ekonomi Pulau Pinang Kukuh, KDNK Naik 7.3 Peratus Kepada RM130.3 Bilion Pada 2025

GEORGE TOWN, 3 Julai (Bernama) -- Ekonomi Pulau Pinang berkembang 7.3 peratus pada 2025 dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat kepada RM130.3 bilion berbanding RM121.4 bilion pada tahun sebelumnya, disokong prestasi kukuh sektor pembuatan dan perkhidmatan.

IPPFA Kekalkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 Malaysia Pada 4.6 Peratus

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- IPP Financial Advisers (IPPFA) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia pada 4.6 peratus meskipun dalam senario ketidaktentuan global.

KDNK Sabah Naik 5.1 Peratus, Nilai KDNK Cecah RM88.8 Bilion

KOTA KINABALU, 2 Julai (Bernama) -- Sabah berjaya mencatatkan prestasi ekonomi lebih kukuh pada 2025 apabila keluaran dalam negeri kasar (KDNK) negeri berkembang sebanyak 5.1 peratus berbanding 1.2 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

HSBC Sasar FBM KLCI 1,850 Mata Pada Akhir Tahun, Naik 10 Peratus Daripada Paras Semasa

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- HSBC Private Bank and Premier Wealth menetapkan sasaran akhir tahun pada 1,850 mata bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), menunjukkan kenaikan kira-kira 10 peratus daripada paras semasa.

Mampukah KDNK Per Kapita Malaysia Cecah US$20,000 Menjelang Awal Dekad 2030-an?

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih satu lagi pencapaian ekonomi yang penting apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal per kapita melepasi paras US$15,000 (US$1= RM4.06) pada 2026, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ringgit Terus Kukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama dan Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS, mata wang utama lain serta mata wang negara-negara ASEAN pada Jumaat walaupun data ekonomi Amerika Syarikat (AS) adalah lebih kukuh berbanding jangkaan.

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Susulan Pertumbuhan KDNK AS Sokong Dolar

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan data ekonomi AS yang lebih kukuh daripada jangkaan mengukuhkan mata wang negara itu.

Pelaburan Langsung Asing Malaysia Melonjak 41.2 Peratus Kepada RM65.9 Bilion Pada 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia pada 2025 melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion daripada RM46.7 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

JETP Dilancar, Sasar 83 Projek Pelaburan Bernilai RM167.4 Bilion Menjelang 2030

JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) dengan mengenal pasti 83 projek pelaburan menerusi lapan industri keutamaan yang dijangka menjana pelaburan bernilai RM167.4 bilion.