Terdapat 1916 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia "

MMHE Catat Lonjakan Untung Bersih Kepada RM60.59 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MMHE) mencatatkan lonjakan untung bersih iaitu sebanyak RM60.59 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 daripada RM10.05 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

LBS Bina Raih Untung Bersih RM15.04 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- LBS Bina Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM15.04 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM27.08 juta pada suku kedua tahun kewangan 2025.

Bursa Malaysia Pulih Pada Tengah Hari Disokong Daya Tahan Asas Ekonomi Domestik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih pada tengah hari, dengan sentimen pasaran disokong oleh asas ekonomi domestik Malaysia yang kukuh dan berdaya tahan.

Malaysia Sasar Cip Kerjasama Arm Masuk Pengeluaran Menjelang 2030 - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia menyasarkan cip buatan tempatan hasil kerjasama dengan Arm Limited memasuki peringkat pengeluaran dan digunakan dalam rantaian bekalan semikonduktor negara menjelang 2030, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Apex Securities Tingkat Unjuran Eksport Malaysia 2026 Kepada 26.2 Peratus

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Apex Securities Bhd menaikkan unjuran eksport Malaysia bagi 2026 kepada 26.2 peratus daripada 16.3 peratus, disokong pertumbuhan eksport yang kukuh dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini. 

CIDB Gazetkan Sembilan Produk Bahan Binaan Tambahan Dalam Jadual Keempat Akta 520

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mewartakan sembilan produk bahan binaan tambahan melibatkan 22 standard di bawah Jadual Keempat, Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Sektor Automotif, E&E Berpotensi Tingkat Kerjasama Malaysia Dan Afrika Selatan

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan Afrika Selatan berpotensi memperkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan dalam sektor berimpak tinggi termasuk automotif, produk elektrik dan elektronik (E&E), pemprosesan hiliran minyak sawit serta teknologi.

Oppstar Technology, Alphaswift Industries Terima Akses Teknologi Arm

PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Dua syarikat tempatan, Oppstar Technology Sdn Bhd dan Alphaswift Industries Sdn Bhd, menerima akses kepada teknologi Arm Compute Subsystem (CSS) dan program Arm Flexible Access (AFA) bagi mempercepat pembangunan reka bentuk litar bersepadu, penyelidikan dan pembangunan teknologi semikonduktor di Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Pengambilan Untung, Risiko Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat susulan pelabur mengambil keuntungan berikutan peningkatan pada sesi dagangan sebelumnya, manakala ketidaktentuan geopolitik yang berterusan terus mempengaruhi sentimen pasaran.

Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur pada Jumaat.

Johor Berjaya Tarik Potensi Pelaburan Bernilai Lebih RM5 Bilion Di Singapura

JOHOR BAHRU, 21 Ogos (Bernama) -- Johor berjaya menarik potensi pelaburan bernilai lebih RM5 bilion hasil siri pertemuan dengan pelabur sepanjang lawatan kerja tiga hari ke Singapura yang berakhir hari ini.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Susut Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi susut berbanding dolar Ameria Syarikat (AS) pada Jumaat kerana pelabur mengambil sikap berhati-hati dalam persekitaran ketegangan yang semakin memuncak antara AS dan Iran, kata seorang ahli ekonomi.