1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan peningkatan selama tiga sesi berturut-turut, penurunan itu didahului saham perbankan serta minyak dan gas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jangkaan lebih kukuh bagi eksport elektrik dan elektronik (E&E) dan permintaan semikonduktor global yang memberangsangkan mendorong Hong Leong Investment Bank (HLIB) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia dijangka kekal di landasan sasaran defisit fiskal bagi 2026 walaupun memperuntukkan tambahan RM25 bilion bagi subsidi bahan api, dengan defisit diunjurkan pada kadar 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- BMI, sebuah unit Fitch Solutions, menjangkakan pertumbuhan pinjaman akan perlahan pada separuh kedua 2026, memandangkan momentum yang lebih kukuh daripada jangkaan setakat ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia menyerlah sebagai pilihan kedua paling menarik bagi pasaran modal global selepas Amerika Syarikat (AS), didorong oleh prospek ekonomi domestik yang baik, dasar monetari stabil serta aliran modal yang berdaya tahan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia menjadi pemacu utama pertumbuhan penerbitan sukuk global pada separuh pertama 2026 apabila penerbitan kukuh dalam mata wang tempatan mengimbangi penerbitan sukuk yang lebih lemah dari negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), menurut S&P Global Ratings.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengekalkan kedudukan sebagai antara mata wang berprestasi tinggi selain dolar Singapura bagi rantau ini, disokong oleh asas-asas ekonomi yang kukuh dan impak peningkatan harga minyak meskipun dalam senario pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), menurut Standard Chartered Bank.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM) meraih tiga anugerah berprestij pada The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan produk dalam negara kasar (KDNK) suku kedua Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.8 hingga 5.0 peratus daripada 5.4 peratus pada suku pertama 2026, kata seorang ahli ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dipengaruhi aktiviti pengambilan untung terutama dalam saham perbankan dan utiliti.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong sentimen pelabur yang bertambah baik menjelang pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026, seiring prestasi positif Wall Street semalaman.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan jangkaan pelabur terhadap anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026 yang positif, kata penganalisis.