BERITA TERKINI   PM Anwar akan bincang dengan Anthony Loke berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan | PM Anwar umum 29 Sept setiap tahun sebagai Hari Ikhtisas Malaysia | Golongan profesional perlu bantu tingkat produktiviti, perkukuh tadbir urus negara - PM Anwar | Negara tidak boleh maju jika rasuah, salah guna kuasa dan kelemahan profesionalisme terus dibiarkan - PM Anwar | LTdL 2026: Pelumba Pasukan XDS Astana Matteo Malucelli menang Peringkat Ketiga dari Sungai Petani ke Kuala Kangsar | 

Terdapat 1756 berita berdasarkan kata kunci carian " as"

Zetrix AI Group Nafi Tuduhan Terlibat Dengan Rasuah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Zetrix AI Group Bhd menafikan sebarang penglibatan atau kaitan dengan bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan susulan khabar angin yang mengaitkan syarikat itu dengan tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap beliau hari ini.

Keuntungan Bersih CIMB Naik Kepada RM1.94 Bilion Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd meningkat kepada RM1.94 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 (suku kedua 2026) berbanding RM1.89 bilion dalam suku kedua 2026, disokong oleh prestasi menyeluruh merentasi semua perniagaan.

IOI Corp Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Kepada RM1.68 Bilion Pada Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Corporation Bhd (IOI Corp) bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) meningkat kepada RM1.68 bilion daripada RM1.52 bilion pada tahun sebelumnya, terutamanya disokong oleh keuntungan yang lebih tinggi daripada segmen pembuatan berasaskan sumber dan perladangan. 

Axiata Catat Untung Bersih Sebanyak RM42.53 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Axiata Group Bhd berkurangan kepada RM42.52 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 (suku kedua 2026) berbanding RM270.81 juta pada tahun sebelumnya.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Simposium Jackson Hole

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Jumaat menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Kevin Warsh pada Simposium Jackson Hole lewat malam ini.

Petronas Catat Prestasi Separuh Tahun Berdaya Tahan, Kekal Komited Menjamin Keselamatan Tenaga

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat keuntungan bersih RM27.2 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat RM1 bilion atau empat peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, mencerminkan pelaksanaan berdisiplin, kebolehpercayaan operasi dan kecemerlangan komersial dalam persekitaran makroekonomi yang mencabar.

Pembangunan Urban Forest Bernilai RM1 Bilion Pacu Pertumbuhan Ekonomi Perak

IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Pembangunan Urban Forest bernilai kira-kira lebih RM1 bilion di Tambun di sini, dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Perak apabila projek seluas 84 ekar itu siap dalam masa tiga tahun.

Malaysia Catat RM218.5 Bilion Pelaburan Diluluskan Pada Separuh Pertama 2026 – MIDA

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia mencatat RM218.5 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2026, meningkat 11.7 peratus berbanding RM195.5 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Keuntungan Bersih RHB Bank Naik Kepada RM807.15 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih RHB Bank Bhd mencatatkan kenaikan kecil kepada RM807.15 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2026 berbanding RM803.50 juta yang disaksikan dalam suku yang sama tahun sebelumnya selepas disumbangkan oleh jumlah pendapatan yang lebih tinggi dan anggaran kerugian kredit yang lebih rendah.

TNB Mulakan Pembangunan National Grid Backbone 500kV, Perkukuh Keterjaminan Dan Peralihan Tenaga Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam komitmennya untuk membangunkan infrastruktur tenaga yang bersedia masa hadapan, menerusi permulaan pembangunan talian penghantaran National Grid Backbone 500kV yang baharu.

AIREI Lancar Kilang Minyak Sawit Pintar Berasaskan AI Kedua

IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) AIREI Sdn Bhd melancarkan kilang minyak sawit pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) kedua, kali ini dengan kapasiti lebih besar iaitu 60 tan sejam berbanding 45 tan sejam untuk kilang pertamanya.

Transformasi AI Malaysia Wajar Utamakan Pendidikan, Penjagaan Kesihatan

GUIYANG, China, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha Malaysia mempergiat penerapan kecerdasan buatan (AI) perlu berteraskan pemerkasaan manusia dan pemeliharaan maruah insan, khususnya dalam sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan, kata Senator Datuk Seri Prof Dr Noor Inayah Yaakub.