2hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan, disokong oleh permintaan domestik, pelaburan dan eksport bersih, meskipun berdepan ketidaktentuan global yang berterusan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
2hari ago
SHENZHEN, 18 Nov (Bernama) -- Asia Pasifik perlu terus mengukuhkan kerjasama merentas perbezaan geopolitik ketika tekanan persaingan antara blok serantau menjadi semakin ketara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah sedikit pada tengah hari ini, meskipun sentimen keseluruhan pasaran terus positif susulan pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga 2026.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026 berbanding 5.3 peratus pada suku ketiga tahun lepas, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berterusan, peningkatan aktiviti pelaburan serta prestasi eksport yang lebih kukuh, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan menetapkan sasaran minimum 30 peratus kandungan tempatan bagi projek pusat data baharu diluluskan di bawah Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam pembangunan industri itu.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, seiring dengan penurunan di Wall Street semalaman berikutan kebimbangan mengenai aktiviti jualan saham berkaitan teknologi susulan gangguan yang menjejaskan rangkaian Agensi Keselamatan Negara (NSA), Microsoft Outlook dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS).
3hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Industri teknologi canggih Perancis berpotensi menjadi pelanggan utama bagi perkhidmatan pengkomputeran kecerdasan buatan (AI), kata Pengerusi Eksekutif YTL Corporation Bhd, Tan Sri Francis Yeoh.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama)-- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) mengumumkan portfolio sukuk jangka pendek belum tebusnya mencecah rekod US$7.6 bilion (US$1=RM4.09).
3hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa seiring dengan penurunan harga minyak kacang soya dan minyak mentah, kata seorang peniaga.
3hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) - Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa namun menyusut berbanding mata wang utama lain serta mata wang negara-negara serantau susulan jangkaan langkah dasar yang lebih agresif oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perancis akan memperoleh sebahagian daripada hasil pengeluaran unsur nadir bumi daripada sebuah projek di Malaysia menerusi kerjasama antara kedua-dua negara, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron.