2hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan berasingan dengan pimpinan Fastprint dan Fastrain di sini hari ini bagi membincangkan perkembangan serta cadangan pelaburan kedua-dua syarikat itu di Malaysia.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menegaskan bahawa perdagangan terbuka harus disertai dengan persaingan yang adil serta penguatkuasaan peraturan secara konsisten.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Impak sekatan terbaru Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip ke pusat data di luar negara masih terlalu awal untuk dinilai memandangkan perkembangan berkaitan perkara itu masih berterusan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2hari ago
SHENZHEN, 18 Nov (Bernama) -- Asia Pasifik perlu terus mengukuhkan kerjasama merentas perbezaan geopolitik ketika tekanan persaingan antara blok serantau menjadi semakin ketara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2hari ago
LABUAN, 18 Nov (Bernama) -- Ahli akademik dan penyelidik dari lima negara Asia Tenggara telah berkumpul di pulau Labuan hari ini untuk Persidangan Perniagaan Antarabangsa Gunaan keenam (AIBC 2026).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mempertingkatkan langkah penyeliaan dan keperluan kawal selia bagi memastikan institusi kewangan kekal berdaya tahan terhadap ancaman siber yang sentiasa berkembang, termasuk keupayaan mereka mengesan, bertindak balas dan memulihkan keadaan susulan insiden siber.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah sedikit pada tengah hari ini, meskipun sentimen keseluruhan pasaran terus positif susulan pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga 2026.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai mengurangkan kebergantungannya terhadap mana-mana sektor tunggal, termasuk kecerdasan buatan (AI), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026 berbanding 5.3 peratus pada suku ketiga tahun lepas, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berterusan, peningkatan aktiviti pelaburan serta prestasi eksport yang lebih kukuh, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
2hari ago
SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- China, sebagai antara kuasa teknologi terkemuka dunia, mempunyai peranan penting dalam memperkukuh kerjasama dengan negara kuasa pertengahan di Asia Tenggara, terutamanya dalam kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2hari ago
SHENZHEN, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia akan memberi tumpuan, antara lain, kepada usaha memperkukuh perdagangan dan pelaburan serantau, memperluas kerjasama dalam ekonomi digital serta memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut meraih manfaat daripada pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik pada Sidang Kemuncak APEC 2026 di sini.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, seiring dengan penurunan di Wall Street semalaman berikutan kebimbangan mengenai aktiviti jualan saham berkaitan teknologi susulan gangguan yang menjejaskan rangkaian Agensi Keselamatan Negara (NSA), Microsoft Outlook dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS).