1bulan ago
PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Keutamaan segera Malaysia pada masa ini adalah meningkatkan pendapatan rakyat dan mengatasi isu gaji struktur sebelum meluaskan asas cukai, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 dijangka diwartakan hujung tahun ini selepas melalui proses pentadbiran susulan kelulusannya di Parlimen, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.
1bulan ago
Oleh Anis Nabilla Md Wazilah
KUANTAN, 22 Julai (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka memberi manfaat besar kepada usahawan dalam meluaskan pasaran selain memperkukuh pertumbuhan ekonomi khususnya di Pantai Timur.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang memperincikan cadangan kerangka perundangan bagi membendung amalan ‘rent-seeking’ atau konsep ‘Ali Baba,’ termasuk menilai keperluan penggubalan undang-undang baharu atau menambah baik peruntukan sedia ada.
1bulan ago
Oleh Anis Nabilla Md Wazilah
KUANTAN, 21 Julai (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diunjurkan menjana sumbangan nilai tambah terkumpul sebanyak RM80 hingga RM90 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2047.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Kementerian Ekonomi hari ini mengumumkan pelantikan Syamsul Farizz Nadzeri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
2bulan ago
CYBERJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) perlu menjadi pemudah cara pertumbuhan yang menghubungkan syarikat Bumiputera kepada peluang sebenar dan bukan hanya sebagai penyedia program atau pembiayaan.
2bulan ago
CYBERJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal kukuh, dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi laporan Anggaran Awal KDNK suku kedua 2026 hari ini menunjukkan pertumbuhan 5.8 peratus.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini bakal membuka lembaran baharu dalam usaha kerajaan membangunkan sistem statistik negara yang lebih terselaras, berintegriti dan responsif.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 yang bertujuan antaranya menggantikan Akta Perangkaan 1965 (Akta 415) bagi mewujudkan satu kerangka perundangan yang lebih moden, komprehensif serta selaras dengan ekosistem data dan statistik semasa.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyeru seluruh rakyat dan peniaga supaya tidak leka atau mengambil mudah kesan ekonomi dan rantaian bekalan susulan Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.