1hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran kembali melepasi paras 1,600 disokong aktiviti membeli saham pada harga rendah secara terpilih, namun kenaikan terhad memandangkan minat belian tertumpu kepada saham teknologi bermodal kecil, kata seorang penganalisis.
1hari ago
PUTRAJAYA, 21 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi digital negara perlu berlandaskan persaingan yang adil termasuk menangani amalan platform digital yang boleh membebankan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) – Sebanyak empat daripada tujuh token Arm Compute Subsystems (CSS) di bawah kerjasama strategik Malaysia dengan Arm Limited, telah diberikan kepada syarikat tempatan bagi pembangunan cip untuk kegunaan automotif, pusat data dan pelayan mini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) – Kerajaan dicadang memperluaskan asas percukaian serta sumber pendapatan strategik baharu bagi memperkukuh hasil dan menyediakan ruang lebih besar untuk membiayai pembangunan negara.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2026 melonjak 26 peratus kepada RM342.55 juta daripada RM271.1 juta pada suku yang sama tahun lalu, didorong oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi selepas hasil bertambah baik.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia sedikit tinggi pada tengah hari ini dalam persekitaran dagangan yang berhati-hati.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh AwanBiru Technology Bhd (Awantec), Awantec System Sdn Bhd memperoleh kontrak Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) bernilai RM8.68 juta daripada TH Plantation Bhd.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd mempergiat usaha untuk menyahsenaraikan anak syarikatnya di Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk, dan merancang mengadakan perbincangan dengan pihak pengawal selia berhubung langkah itu, menurut CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Industri penternakan ayam Malaysia dijangka kekal berdaya tahan dalam jangka sederhana, disokong oleh permintaan yang stabil terhadap sumber protein pada harga berpatutan dan asas pengeluaran domestik yang kukuh, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Seramai 22,849 bakat dilatih bagi sektor semikonduktor setakat suku ketiga 2026, sebagai sebahagian daripada usaha mencapai sasaran 60,000 jurutera berkemahiran tinggi menjelang 2030 di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman.
2hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dapat mengurangkan sehingga 90 buah lori kontena di jalan raya bagi setiap perjalanan kereta api atau tren kargo, sekali gus menyokong peralihan Malaysia kepada mod pengangkutan barangan berasaskan rel.